Sunday, April 24, 2011

hafizzainal's contest-senyuman mahal

hahaha
belum dah apa2 aku dah tergelak besar
mohon korang membaca entry aku kali ni
dengan hati yang terbuka..apa yang ada lam entry ni
tuk kita2 je k?hehe

entry aku kali ni adalah khas untuk
contest : hafizzainal's contest-senyuman mahal
cool habis contest ni!
cayalah hafiz ;)


nilah hafiz zainal kalau korang nak kenal..
rakan sebaya aku dan baru je habis study foundation kat UM
katanya nak jadi dentist tapi aku prefer dia jadi singer
siyesly,best giler kot suara dia !
single ke x?korang tanya tuan punya badan sendiri la ye..hehe
bak kata hafiz : fly like a bird ;)

jom usha2 blog terhangat hafiz zainal :

dan kali ni
aku nak dedahkan senyuman termahal
 yang pernah aku lakarkan 
sepanjang aku hidup 19 tahun ni
bukan senang nak tengok aku senyum cam ginie..
korang memang bertuah..hehe

bak kata orang :
senyuman manis menusuk kalbu ;)
hahaha


menusuk kalbu x??


hahaha
inilah hasil kerja keras geng2 aku
time aku bercuti kat jerman bulan disember lepas
memang aku appreciate habis..
masa ni memang dah tak betul sume..
happy punya pasal!baru lepas balik jalan2.haha
siyesly aku cakap
bukan senang nak tengok aku mengayakan tuala mandi di kepala
dengan lakaran senyuman yang cukup indah!
cuuunnn habis..
gigi aku tu..hasil berusan dengan colgate tau..hehe
dan dengan ini aku nak iktirafkan 
yang ni adalah senyuman paling mahal 
yang aku pernah lakarkan
first and last !
hahaha

(korang jangan share2 & take this picture neh)
lau buat gak..terimalah korang virus trojan karang
yang tu aku jamin..hehe

chill la semua
senyuman itu adalah anugerah yang tak ternilai 
daripada ilahi buat kita semua
mana mungkin ciptaan manusia yang paling terbaik ni
tiada penyeri : senyuman ;)
semua orang terselit kemanisan disetiap senyuman mereka
jangan kata kita senyum xcantik,xhensem,xcun
itu silap
sebab senyuman yang kita ada
itulah senyuman termahal dalam hidup kita!
tengok aku ?
cantik cun x senyuman tu ?hahaha..

thanx hafiz 
coz mengangkat martabat senyuman kita semua !;)

dan untuk contest kali ni
aku nak tag kat 3 teman yang semuanya bagi aku
mempunyai senyuman yang termahal
xcaya ? nanti korang usha2 la blog diaorang ye.hehe
tengok la camner diaorang senyum ;)


apapun
buat semua teman2 lain
walaupun aku tak tag korang
tapi korang semua bagi aku
merupakan penyenyum yang termahal
jom kita join contest ni ! 
kerana senyumanmu itu begitu berharga

senyum sokmo ;)

Saturday, April 23, 2011

masih ISLAMkah makcik hajjah sitt al-wuzara??


sedang aku melayan facebook
 tatkala otak aku dah penat memahami isi2 buku dan nota
tetiba aku mendapat 1 notification 
dan ini daripada 1 group yang aku pernah like
cuba korang baca betul2 yang part dikuningkan tu :
sila search 
''makcik hajjah sitt al-wuzara..pleaseeeee..tlg sbr kn..tgk wall die.''
nampak cam serius dan penting...
post ni telah berjaya menarik perhatian aku untuk lebih kenal
sape tu makcik hajjah sitt al-wuzara ???

tanpa aku berfikir panjang aku terus search FB makcik ni
dan hasil aku :

yup..aku dah jumpa FB makcik yang diuarkan2 kan tu..
xde plak mutual friends ngan aku
dan aku cuba bukak wall FB mak cik ni :

MASYAALLAH ! NAUZUBILLAH !
ALLAH saja yang tahu perasaan aku masa tu
apakah jenis manusia seperti ni???

DIPANGKAH SELEPAS DIEDIT
(MAAF..dipaparkan hanyalah untuk pengajaran semata-mata
DILARANG UNTUK SAVE SAMA SEKALI!)

 ini gambar yang dishare2kan oleh makcik yang bergelar hajjah ni
dan kalau korang tengok komen2 dan apa yang dia tulis kat gambar tu
(tengok profile picture dia...memang laknatuallah!)
dan gambar2 lain yang lebih teruk yang dah sampai tahap mempersendakan islam !
korang akan  rasa lebih geram sampai nak bunuh je makcik ni !
astarafiruallahalazim...

terdetik di hati aku beberapa persoalan
tatkala hati ni tengah panas..geram
agama sendiri dipersendakan..
persoalan aku cukup mudah dan jelas

apa motif makcik yang mengelarkan dirinya hajjah ni
share2 kan gambar2 teruk seperti ini?
adakah untuk  menaikkan kemarahan umat islam?
dan
daripada mana sumbernya?
siapakah yang sanggup mengedit2kan gambar sehina ni?

atau mungkin
makcik ni islam betul?
atau mungkin sudah murtad?

mohon semua melihat sendiri realiti yang sebenarnya
jom kita selongkar siapa sebenarnya
makcik hajjah sitt al-wuzara ni??


sama2 kita berisytifar..
semoga makcik hajjah ni dilaknat oleh ALLAH SWT akhirat kelak
semoga makcik ni akan mendapat balasan yang setimpal
AMIN


firman ALLAH SWT dalam surah Al-Taubah ayat 74 yang bermaksud :

''Mereka bersumpah dengan nama Allah, bahawa mereka tidak mengatakan (sesuatu yang buruk terhadapmu), padahal sesungguhnya mereka telah mengatakan perkataan kufur, dan mereka pula menjadi kafir sesudah melahirkan Islam, serta mereka berazam untuk melakukan apa yang mereka tidak akan dapat mencapainya (iaitu membunuhmu). Dan tidaklah mereka mencaci dan mencela (Islam) melainkan setelah Allah dan RasulNya memberi kesenangan kepada mereka dari limpah kurniaNya. Oleh itu, jika mereka bertaubat, mereka akan beroleh kebaikan; dan jika mereka berpaling (ingkar), Allah akan menyeksa mereka dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan mereka tidak akan mendapat sesiapa pun di bumi ini, yang akan menjadi pelindung dan juga yang menjadi penolong''

sama2 kita sebarkan maklumat ini..insyaAllah..

Monday, April 18, 2011

YA ALLAH..bilakah detik mautku akan tiba..

permulaan hari yang cukup indah..
kehangatan matahari jelas dapat dirasai 
walaupun moscow kini masih berada dalam suhu kurang 10 degree..
alhamdullilah..
nikmat allah kepada hambanya sentiasa tiada penghujungnya;)

esok
genap seminggu kawan sekampungku 
pergi meninggalkan kita semua..
allahyarham meninggal dunia akibat kemalangan motosikal
perasaan terkejut aku masih ada..
terngiang2 allahyarham dengan sikap suka melawak,happy gi lucky..
 rasa terkilan dan sedih tak sempat nak jumpa dengan allahyarham waktu aku balik ke tanah air nanti..
tapi itulah dinamakan kehidupan
ajal maut ditangan tuhan..


ALFATIHAH buat keluarga allahyarham..
satu tamparan hebat buat keluarga allahyarham kerana 5 tahun lepas,mereka juga telah kehilangan seorang anak perempuan (kakak allahyarham) yang juga meninggal akibat kemalangan motosikal..
semoga tabah menghadapi segala dugaan dan rintangan..

firman ALLAH SWT dalam surah Al-Nisaa' ayat 78 yang bermaksud:

'Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh. Dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata:" Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah". Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)?'

bila pula masanya akan tiba buat aku dan kita semua?
mengadap ALLAH SWT?

cukupkah amal dan ibadat kita untuk bertemu Yang Maha Esa?

kita sentiasa melaung2kan kata2 ALFATIHAH setiap kali menerima berita kematian
tetapi sedarkah kita
setiap kematian itu adalah peringatan ALLAH SWT kepada kita
yang masa untuk kita mengadapNYA tidak akan lama lagi?
dan setiap orang akan merasai detik yang sama?

kita selalu takut dan insaf apabila orang menyebut 
tentang azab kubur dan ketika tok imam membacakan talkin 
tapi sedarkah kita 
setiap pengertian itu adalah persediaan untuk kita satu hari nanti?
mungkin sekarang?
10 saat lagi?
10 minit lagi?
10 jam lagi?
10 hari lagi?
atau mungkin
10 tahun lagi?

ajal maut itu kerja ALLAH SWT
siapa sangka ajal kita akan tiba tanpa diduga
sekarang tersenyum gembira 
5 minit nanti diri sudah beku tanpa jasad dalam diri?

YA ALLAH..
aku dah banyak melakukan dosa..
tanpa aku sedari..aku leka..aku alpa..
YA ALLAH..
terbukakah lagi pintu taubatmu untuk aku..
insan kerdil ciptaanmu ini..
YA ALLAH..
jika aku terus lalai dibuai keseronokan dunia
yang hanya bersifat sementara ini
engkau bukakanlah pintu hati ini
engkau cabutkanlah nyawa ini
kerana aku tak mahu lagi
hidup tanpa berkatMU..

adakah aku sudah lari daripada jalan diredhai..
adakah aku sudah berada dalam lembah penuh kehinaan..
adakah aku jauh daripada keluarga..aku sudah tiada pegangan lagi?
adakah ibadatku hari ini diterimamu?
cukupkah ibadat aku selama ini untuk mengadapMU?
aku tak mahu melalui azab kubur yang begitu terseksa
aku tak mahu mengakhiri kehidupan sementara ini tanpa berkatMU..


YA ALLAH..bilakah detik mautku akan tiba..
aku menunggu..
kerana apa yang aku pasti
detik itu akan aku rasai..
kalau bukan hari ini..
tapi
suatu hari nanti..

Wednesday, April 13, 2011

HITAM tu memang COOL!

hari ni hari yang ceria bagi aku..
walaupun menanti aku 2 lagi exam minggu ni.hehe
alhamdullilah
aku dah lepas skill test tuk general chemistry..
habis tu,aku pergi lepak2 ngan kawan2 kat kedai sushi..
kasi hilang stress skit!

dan bila aku balik
bukak laptop dah memang adab hari2,
bukak FB,bukak blog :
aku dapat 1 komen : 


terkejut aku ! dan qin komen kat entry satu contest yang pernah aku join 2 bulan lepas:
CONTEST HITAM ITU COOL !
dan bila aku bukak blog penganjur : yup..betul2 confirm aku menang;)


ALHAMDULLILAH
xsangka aku terpilih sebagai pemenang dalam kalangan yang terbaik !
walaupun aku ni still setahun jagung lam dunia blogging ni..
tak sangka jugak
cerita aku tentang detik2 aku mula datang moscow dulu 
berjaya pikat hati cik husna,penganjur contest ni


buat HUSNA dan pasangan AZRIN..TQ atas pengiktirafan ni
yup..aku betul2 hargai
dan buat husna jugak,
good luck for your study
go go go KOREA!;)
semoga HITAM tu akan terus COOL..& COOL!

di kesempatan tu,marilah sama-sama kita sedekahkan AL-FATIHAH buat kawan sekampung aku yang meninggal dunia semalam akibat kemalangan..allahyarham ARIF,akan sentiasa lam ingatan..gelak tawa allahyarham akan sentiasa diingati..semoga roh allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman..
AMIN

Monday, April 4, 2011

saya SAYANG Ibu

moscow mula melabuhkan tirau musim winternya..alhamdullilah suhu hari ni 8 degree : terasa cam dah kat malaysia!sinaran matahari pun seperti sudah terpancar jelas fungsinya : memancarkan haba..nikmat ALLAH SWT sememangnya tiada nilainya;)


contest : saya SAYANG Ibu saya :
kredit to : ateh @ hairie (pereka contest ni)..
ok2..aku join contest ko!;)
lau korang nak tau lebih lanjut tentang contest ni jom usha2 lam laman ni : KLIK SINI

****************************************************
hati aku mula sebak tatkala sejadah mula dilipat dan diletakkan ditempat asalnya..yaaa..doa kepada seorang ibu sentiasa mengiringi setiap ibadatku..
membuka buku latin untuk meyiapkan tugasan..tetiba hati aku beralih kepada satu kisah..yang baru tadi memasuki episod hidup aku


>ianya bermula apabila train yang aku naiki untuk ke kelas berhenti di satu stesen bernama akademisiskaya..aku melihat kelibat seorang wanita mendukung seorang anak yang pada pandangan aku berusia dalam lingkungan 2 tahun..kelibat mereka pada awalnya langsung tidak menarik perhatian aku memandangkan ketika tu aku sedang rancak membaca buku mcQ histology..selepas 1 pandangan kepada mereka,mata aku beralih kembali kepada buku histologyku..dan pada 1 ketika,tetiba satu tangisan seorang bayi kedengaran sehinggakan mengganggu penumpang2 lain..pandangan aku mula teralih kepada wanita tadi..yup,tangisan itu adalah tangisan anak wanita tadi..secara tiba2,hati aku menjadi sebak..hormon terkilan dirembeskan tatkala melihat kelibat wanita tadi seperti terkial2 cuba menenangkan anaknya,memberi susu,sehinggakan tiada penyelesaian menyebabkan wanita tadi menangis..YA ALLAH..terlalu besar pengorbanan seorang ibu..
aku bukan siapa2 untuk berkongsi cerita ni kepada umum tapi bagi aku..kehadiran mereka dalam train tadi walaupun hanya seketika di pandangan aku..telah berjaya membuka mata dan hati aku : aku SAYANG ma aku !


saat ni : apakah khabar ma aku di sana ? jauh dari pandangan aku.. apa mungkin ma akan ada lagi untuk aku apabila aku kembali kepada ma 3 bulan lagi ?
aku ingat lagi..aku kecil2 dulu,apa yang keluar dari mulut aku,pasti aku akan dapat kalau bukan ketika tu jugak..tapi hari2 lain..
yee..begitu besar takhta bongsu aku..
kakak2 abang2 aku dah besar panjang,cuma tinggal aku yang still budak2 time tu..aku ingat lagi masa kecik2 dulu,lau aku nak mainan,lau aku xdapat lam masa seminggu,aku akan mengamuk : habis hancur la 1 rumah..xsah lau x 1 pinggan kat dapur aku pecahkan !abah aku marah..tapi ma aku ? bertindak sebagai agen penyelamat aku..tenangkan abah..aku?tersenyum dan apa aku nak..aku dapat !


pada 1 ketika,aku nakal,aku naik suara kat ma..abah aku rotan aku kuat2..tapi ma?ma still tenangkan abah dan cuba pulihkan segala kesakitan pada badan aku walaupun pada hakikatnya kesakitan tu memang wajar dihadiahkan tuk aku !


aku naik sekolah menengah..aku dah matang skit..tapi ? takhta aku memang tiada erti rendah dan hilang..apa yang aku nak,sume aku dapat,pergi ke sekolah ngan motosikal keluaran terbaru..
hebat kan aku ?
ni pun ma yang pujuk abah tuk belikan kat aku..
konon2 hadiah aku dah besar;)
kadang2 tu aku keluar malam2..makan2 sekejap ngan geng2 aku..ma nasihat JANGAN..dan aku tetap pendirian..aku salah ke??
1.aku dah bagitau..aku akan balik sebelum jam 11
2.aku xkan buat mende2 xbaik
3.aku dah besar kot..
lau masuk lam court keadilan..aku akan menang x?


dah macam2 karenah aku hadiahkan kat ma aku..hadiah yang buat aku cukup terharu..besar kesabaran ma menjaga aku..


dan ALHAMDULLILAH..time SPM,aku cemerlang..aku dah berjaya ! aku dah buktikan kat ma aku yang aku mampu berikan kejayaan tuk ma n abah !


tapi..bila aku cakap kat ma,aku nak ke UM je..ma xsetuju..kenapa???
aku tak setuju apabila ma kata dia nak aku ke luar negara dan cuba nasib lam bidang kedoktoran..time ni,aku mula rasa terancam dan tergugat,,aku rasa ma dah tak sayang aku dah !
dah la aku anak bongsu dan nak plak ma nak aku jauh2 ngan dia?
lau apa2 terjadi kat dia..bagaimana aku?
sungguh xadil..aku tau ma dah xlarat nak jaga dan layan karenah remaja aku..
mula2 aku memang tak setuju ngan pendirian ma ni..aku tetap ngan pendirian : aku nak pegi UM..aku dapat tawaran UM..maybe aku fikir aku xmau jauh daripada ma abah dan orang yang aku sayang..aku cam tak sanggup..


tapi atas harapan seorang ibu..aku rela..aku sanggup korbankan apa saja demi ma..kenakalan aku dah berakhir..segala apa yang aku buat saat ni..dan ketika ni..aku nak tebus balik kesalahan aku kat ma dulu !
setiap perilaku aku hari ni..aku sejuk dalam keadaan winter..aku bersama2 kawan2 jalan2..aku belajar..aku teringat ma..aku tak tipu..ma hadir lam pandangan aku setiap saat..



dan apabila kejadian dalam train berlaku tadi..barulah aku mengerti..ma nak aku ke overC untuk kebaikan dan masa depan aku..bukan untuk kepentingan ma..tapi untuk aku..yee..jalan ini terbaik untuk aku;)


aku bertuah sebab ma masih ada lagi untuk aku tak seperti orang2 diluar sana yang ada telah kehilangan ibu tersayang..
setiap saat saki baki hidup ma aku nak penuhi dengan doa dan kegembiraan..walaupun hakikatnya aku jauh berjuta2 batu daripada ma..
buat semua..aku nak semua jadi saksi aku..aku janji aku akan menjadi terbaik untuk ma selepas ni..aku berdoa..aku menjejakkan kaki di bumi tumpah darah aku nanti..aku akan dapat melihat kelibat ma walau ma dalam keadaan gembira ataupun tangisan..AMIN


teman2,pengunjung blog,
maaf andai cerita ini tiada ertinya dimata kalian,tapi bagi aku,selagi ibu kita masih hidup,jangan pernah kita berpaling daripada ibu kita..ada ibu hari ni bukan bererti ada lagi ibu untuk hari esok..
dan untuk contest ni:aku nak tagkan kepada 2 orang geng aku :



semoga ma sentiasa sihat disana..nantikan kepulangan oyi...tak beberapa lama lagi waktunya..akan tiba jua..AMIN

Friday, April 1, 2011

AKU ISMAIL dan PALESTIN

assalamualaikum WBT..
salam ukhwah dari bumi palestin buat 
semua rakan-rakan seusia aku di pelusuk seluruh dunia,
buat saudara-saudara seagama yang lebih tua dan 
buat semua penghuni-penghuni dunia yang tercinta..

 nukilan ini daripada hati..untuk semua..
satu bukti aku bukan watan yang menyerah kalah tapi aku watan yang berjuang tanpa penat lelah!

nama diberi : ISMAIL
aku tak tahu dari mana asal nama ini diberi..
panggilan ini yang diungkap oleh orang-orang sekililing aku 
sejak aku kecil lagi..
umur aku sudah menjangkau 10 tahun..
tiada ibu ataupun abi..kakak..abang mahupun adik..
setahu aku mereka semua meninggalkan aku buat selama-lamanya ketika aku berusia 10 hari dan puncanya  aku masih xpasti (inipun aku dapat maklumat daripada nenek aku yang sedang menjaga aku sekarang)
hobi aku bermain pistol berdas hidup dan mencari makanan di kawasan pelupusan sampah

pelajaran? 
aku cuma tahu memegang pistol kecil 
yang berdas 12 peluru..
aku diajar oleh kawan aku , soleh yang lebih tua 2 tahun berbanding aku..
kata soleh : aku kena belajar pegang dan guna pistol untuk bantu nenek aku..
bantu kawan2 aku..bantu palestin aku..
kenapa soleh kata begitu?
aku sayang semua !
aku sayang nenek aku...aku sayang soleh,jamal,amar dan kawan2 aku..aku sayang negara aku..

aku xmahu lagi jamal dan amar menyembunyikan diri setiap kali ada tentera berbaju coklat datang kearah kami..

aku xmahu dah kawan2 nenek aku menangis meratap kematian orang2 yang mereka sayang..

aku xmahu dah sujud mengadap allah dalam ketakutan..

kadang-kadang aku geram..marah sangat2 !
aku xada cara lain,aku ambil je batu,aku lempar kat kereta besar tu!
kenapa kereta besar ni selalu ganggu aku ,nenek, kawan2 dan jiran2 aku??
apa dia mahu daripada kami ?

kenapa nenek syima diperlakukan sebegini rupa ?
apa salah nenek syima ?

kenapa pagar besar ini yang memisahkan aku dengan kawan2 ?
salahkah aku bermain2 bersama2 kawan selama ni?

aku dah besar..
aku dah matang..
aku dah boleh berfikir 
tentang apa yang aku lihat sekarang..
bumi aku hancur punah ranah dinodai 
oleh perakus duniawi !

aku perwira bangsa..
umur aku bukan penghalang dan
 alasan untuk aku mudah menyerah kalah !
aku xsanggup lagi mendengar cerita tipu helah nenek aku setiap kali aku bertanyakan tentang ibu..abi..kakak dan abang aku..
aku tau mereka mati ditembak tentera rejim yang zalim dan tak berperikemanusiaan..
aku sudah besar..aku mengerti apa yang dah terjadi..
aku dapat menilai sendiri..
dari kaca mata aku yang pilu ini..



inilah pandangan dan suasana disekeliling aku hari-hari..
penuh dengan watak tragis..

firman ALLAH SWT surah Al Hajj ayat 40 :

(yaitu) orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali karena mereka berkata: “Tuhan kami hanyalah Allah”. Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebagian manusia dengan sebagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan masjid- masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa

kawan-kawan..
sampai bilakah dunia aku akan begini ?
bilakah aku akan mampu bahagia dan aman seperti hidup korang ?
di mana sekolah , taman permainan , padang bola untuk aku dan kawan2 ?
apakah erti kasih sayang keluarga 
yang aku tak pernah cuba dan rasa ?


dan
bilakah persoalan2 aku ini akan terjawab ?

kawan-kawan..
berhentilah sebentar dari dunia indah dan lamunan mu,
berhentikan sebentar bermain playstation,facebooking,
bantulah aku menegakkan keadilan..
berdoalah yang terbaik untuk perjuangan aku di bumi palestin ini..
sesungguhnya kejahatan itu akan berakhir dan terhapus..
itu janji ALLAH SWT
untuk aku dan semua..

kawan-kawan
doakan aku dan kawan2 disini akan terus tabah
menghadapi segala onak dan ranjau
teruskan perjuangan :
mencari jalan-jalan kedamaian
bebaskan bumi ini dari kerakusan penjajah !
buktikan : palestin itu bumi aku dan kita semua !


buat semua kawan2 yang telah terkorban dalam perjuangan ini dan buat semua kawan2 yang ingin bersatu hati membantu perjuangan ini..
jumpa semua di medan pertempuran !
ke jalan ALLAH SWT 
-ismail-

****************************************************
cerita ini hanyalah rekaan..watak ismail dan yang lain juga adalah rekaan semata2..kisah ini amat bermakna untuk dibuat pengajaran oleh semua..sempena kempen PALESTIN ! KITA PUNYA ! anjuran Persatuan Perubatan Islam Moscow (PPIM) : cerita ini khas untuk anak-anak watan palestin yang sedang berjuang untuk mempertahankan panji-panji keadilan mereka..
dan kita bagaimana ?adakah cukup sekadar duduk membaca dan sedih mendengar cerita menyayat hati dan jiwa?ayuh sama-sama kita membantu saudara-saudara kita di Palestin !buktikan kita insan PRIHATIN !

Firman ALLAH SWT suarah Al-Hasyr ayat 2 :

Dia-lah yang mengeluarkan orang-orang kafir di antara ahli kitab dari kampung-kampung mereka pada saat pengusiran yang pertama. Kamu tidak menyangka, bahwa mereka akan keluar dan merekapun yakin, bahwa benteng-benteng mereka dapat mempertahankan mereka dari (siksa) Allah; maka Allah mendatangkan kepada mereka (hukuman) dari arah yang tidak mereka sangka-sangka. Dan Allah melemparkan ketakutan dalam hati mereka; mereka memusnahkan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri dan tangan orang-orang mukmin. Maka ambillah (kejadian itu) untuk menjadi pelajaran, hai orang-orang yang mempunyai wawasan.

ya allah ya tuhanku..
selamatkan penduduk2 palestin..
berikanlah mereka kekuatan untuk menghadapi hari-hari mendatang nanti
AMIN


AYUH ! PALESTIN ITU KITA PUNYA !
khadhari@blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...