permulaan hari yang cukup indah..
kehangatan matahari jelas dapat dirasai
walaupun moscow kini masih berada dalam suhu kurang 10 degree..
alhamdullilah..
nikmat allah kepada hambanya sentiasa tiada penghujungnya;)
esok
genap seminggu kawan sekampungku
pergi meninggalkan kita semua..
allahyarham meninggal dunia akibat kemalangan motosikal
perasaan terkejut aku masih ada..
terngiang2 allahyarham dengan sikap suka melawak,happy gi lucky..
rasa terkilan dan sedih tak sempat nak jumpa dengan allahyarham waktu aku balik ke tanah air nanti..
tapi itulah dinamakan kehidupan
ajal maut ditangan tuhan..
ALFATIHAH buat keluarga allahyarham..
satu tamparan hebat buat keluarga allahyarham kerana 5 tahun lepas,mereka juga telah kehilangan seorang anak perempuan (kakak allahyarham) yang juga meninggal akibat kemalangan motosikal..
semoga tabah menghadapi segala dugaan dan rintangan..
firman ALLAH SWT dalam surah Al-Nisaa' ayat 78 yang bermaksud:
'Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh. Dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata:" Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah". Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)?'
bila pula masanya akan tiba buat aku dan kita semua?
mengadap ALLAH SWT?
cukupkah amal dan ibadat kita untuk bertemu Yang Maha Esa?
kita sentiasa melaung2kan kata2 ALFATIHAH setiap kali menerima berita kematian
tetapi sedarkah kita
setiap kematian itu adalah peringatan ALLAH SWT kepada kita
yang masa untuk kita mengadapNYA tidak akan lama lagi?
dan setiap orang akan merasai detik yang sama?
kita selalu takut dan insaf apabila orang menyebut
tentang azab kubur dan ketika tok imam membacakan talkin
tapi sedarkah kita
setiap pengertian itu adalah persediaan untuk kita satu hari nanti?
mungkin sekarang?
10 saat lagi?
10 minit lagi?
10 jam lagi?
10 hari lagi?
atau mungkin
10 tahun lagi?
ajal maut itu kerja ALLAH SWT
siapa sangka ajal kita akan tiba tanpa diduga
sekarang tersenyum gembira
5 minit nanti diri sudah beku tanpa jasad dalam diri?
YA ALLAH..
aku dah banyak melakukan dosa..
tanpa aku sedari..aku leka..aku alpa..
YA ALLAH..
terbukakah lagi pintu taubatmu untuk aku..
insan kerdil ciptaanmu ini..
YA ALLAH..
jika aku terus lalai dibuai keseronokan dunia
yang hanya bersifat sementara ini
engkau bukakanlah pintu hati ini
engkau cabutkanlah nyawa ini
kerana aku tak mahu lagi
hidup tanpa berkatMU..
adakah aku sudah lari daripada jalan diredhai..
adakah aku sudah berada dalam lembah penuh kehinaan..
adakah aku jauh daripada keluarga..aku sudah tiada pegangan lagi?
adakah ibadatku hari ini diterimamu?
cukupkah ibadat aku selama ini untuk mengadapMU?
aku tak mahu melalui azab kubur yang begitu terseksa
aku tak mahu mengakhiri kehidupan sementara ini tanpa berkatMU..
YA ALLAH..bilakah detik mautku akan tiba..
aku menunggu..
kerana apa yang aku pasti
detik itu akan aku rasai..
kalau bukan hari ini..
tapi
suatu hari nanti..
4 comments:
al fatihah..semoga roh dicucuri rahmat..sama2 doakan
Ya Allah, takutnye. Takut jugak pic kt bawah skali. Al Fatihah. Smoga kita berakhir dgn husnul khotimah.
al-fatihah
alfatihah buat allahyarham dan buat kita semua ini,ambillah pengajaran..ajal maut menemui kita tanpa mengira umur..
Post a Comment