Thursday, June 30, 2011

penutup sebuah kalendar ;)



 waktu Moscow kini mencecah jam 5 pagi
siulan si anjing seperti biasa mewarnai suasana pagi
bumi bersuhu 30 degree sudah menampakkan sinar cahaya
sedang diri aku masih tidak mampu melelapkan mata
mengapa?

2 minggu aku menyepi tanpa sebarang entry
dan kali ni..aku kembali dengan entry yang memang istimewa tuk diri aku ni
saat yang dulu aku nanti2
insyaALLAH..bakal akan menjelma tak sampai 24 jam je lagi :
kepulangan aku di tanah air tercinta !

dan apa yang pasti
sebuah kalendar telah ditutup rapi dalam kamus hidup aku
alhamdullilah..aku sudah berjaya menghabiskan 1st year study bertitle medical student
sungguh cepat masa berlalu
dan itulah realiti hidup
sedang kita cuba berusaha untuk melepasinya
tanpa kita sedari kita sudah pun berjaya menawannya
setahun seperti sehari
itulah yang dapat aku rasai pada saat ni ;)

setahun pengajian ibaratnya seperti proses pengenalan
aku memang setuju ngan kata2 orang : tak kenal maka tak cinta
kalau dulu mengenali russia hanya melalui peta mahupun media massa
dan kini russia menjadi tanah air aku yang kedua
segala-galanya berbeza berbanding malaysia
daripada sikap masyarakat yang langsung tidak friendly
sehinggalah kepada persekitaran,suhu dan wacana arus semasa
semuanya menuntut diri ini untuk tabah,terus berusaha dan tawakal dalam setiap perkara
disamping melalui hari-hari dengan penuh gembira;)

20 september 2010 : langkah perjuangan ini bermula

suasana didalam lecture hall


@anatomy department

AIDILADHA pertama di bumi russia

1st snowing yang aku rasai : waktu balik daripada kelas

bangunan department biology..segala2nya bermula disini

ni mama paling garang yang pernah aku jumpa sepanjang hidup aku
berleter kuat2,marah,teriak..tu memang keje dia
kerana mama ni,bilik aku 1st class.haha

harungi suhu -15 degree untuk ke kelas seawal jam 9pagi setiap hari


ice skating di taman yang besar time winter

winter trip pertama : menjejaki bumi Jerman

makanan halal di moscow : agak sukar untuk dicari

HALAL di moscow

pengalaman pertama meraikan hari kemerdekaan Russia

menyertai hari sukan anjuran KELAB UMNO MOSCOW


laluan hari2 ke kelas..

rutin harian : bersesak lam train underground untuk ke kelas 

bersama lecturer selepas tamat sesi tutorial terakhir

kalendar pertamaku di bumi moscow 
banyak yang aku pelajari
banyak yang aku hadapi
walaupun penuh dengan duka dan manis
itulah pengalaman yang tak ternilai ertinya
pengalaman pertama ini akan menjadi panduan bagi aku
menempuhi 5 lagi kalendar berbaki
insyaALLAH..perjalanan ini akan nanti berakhir di destinasi;)


dan hari ni aku isytiharkan penutup bagi kalendar pertama ni

esok(1 Julai)
penerbangan Emirates Air jam 1240malam(waktu moscow)
akan menjadi saksi
kepulangan aku buat seketika
mengubati segala rindu ini akan bumi tercinta
setelah setahun tanpa di mata
balik kampong !!!!!!!

berkemas sudah..tunggu masa je lagi;)

MALAYSIA..I'M COMING !!

5 comments:

Prettyvrach said...

gudluck khadari! rindu gile nk g department anat tu ;)

khai said...

good luck gak tuk akak grade esok..triple power my senior!dr.fida;)
selamat HO nanti kak
yup,department yg cntik.hehe

kiera said...

selamat pulang !

khai said...

tq kiera;)

calmehan said...

seronoknye blaja kt bumi moscow!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...