Monday, January 31, 2011

gelagat 'mama' floor 13 !

video ini bukan satu rekaan dan ianya adalah kenyataan..
tiada kena-mengena dengan sesiapa sahaja diluar sane,
kecuali 4 insan didalam video ni yang bertindak sebagai aktor secara tak sengaja!
bukan nak aibkan sesiapa,tetapi sekadar perkongsian semata2;)

HAHAHAHA..
tetiba je aku ase nak gelak..wajah mama (atau nama panggilan manja kat malaysia-warden) mula bermain di kotak fikiran aku sekarang !
ntah kenapa..nak kata aku dilamun cinta dengan dia??
TIDAK SAMA SEKALI!
tapi mungkin sbb rindu kat dia coz dah lama tak jumpa sejak aku tinggalkan tempat ni seminggu lepas..takde lak kelibat dia aku tengok kat dapur sejak akhir-akhir ni..dan tadi secara tak sengaja(maybe ade jodohnya
aku jumpa dia kat bas stop ! memang seronok habis ! 
yang aku hampehnya,
sempat lagi mama berleter kat aku n kawan2 lam bas tdi...gtau yang umah aku still xcuci ! 
(walaupun aku dah bosan 24 jam mencuci !)

hahaha..itulah mama floor 13 tempat aku tinggal ni 
lau korang nak kenal empunya diri..
wajah agak manis berperwatakan seorang  ibu yang tegas mendidik anak-anak yang agak nakal ni !

aku ingat lagi masa first week aku kat sini..hadiah pertama yang aku dapat daripada pushkin (nama tempat aku tinggal disini) adalah dipertemukan dengan mama ni..tanpa sebarang senyuman pun tuk kami tanda selamat datang,aku ngan kawan2 terus diberi satu leteran yang cukup pedas sekali ! disuruhnya kami bersihkan bilik,tandas dan setiap inci dan penjuru lam rumah..
WAH ! HEBAT SEKALI !

bulan pertama dan kedua di sini bagi aku seolah-olah seperti mimpi ngeri ! tiap-tiap hari terpaksa melihat kelibat mama dengan jersi biru gelapnya dan kadang-kadang seperti sudah terbiasa dengan leterannya yang bagi aku wajar diiktiraf world guinness book of record sebagai leteran terpedas didunia!
begitulah hari-hari aku dan kawan2 aku disini..ntah la,kadang-kadang tu apa yang dia leterkan kat kami,langsung xmasuk akal dan seolah-olah cam sengaja nak menghabiskan masa luangnya mencari gaduh ngan kami..memang menyakitkan hati..uhhhhh..

apa yang lagi best,kadang2 apa yang dia cakap,aku n kwn2 memang xpaham langsung ! (fully ruski kot..dahla guna bahasa ruski kampung moscow)uhh...so,ak n kwn2 mmg xdpt nk paham apa yang dia nak bagitau kat kami..memang susah gini..ntah apa yang dia buruk2kan aku ngan kawan2..uhh..

kadang-kadang aku ngan kwan2 sanggup lari daripada dia ! dengar je hentaman kasut bertumit bergeser di lantai dan semakin kuat hentaman kedengaran menuju kearah bilik kami,memang xde cara lain boleh buat : kunci pintu bilik ! silent kan semua ! lagak cam xde orang lam bilik...
uhhhhhh...terlepas juga akhirnya...

NAMUN
sejak akhir2 ni..
watak mama terhadap kami mula berubah..lebih kurang 180 degree..
masuk je bilik..senyum2 tanya khabar..then yang lebih indah lagi mama gtau yang kami bagus dah kali ni ! (bukan senang nak dapat pengiktirafan sebgini rupa daripada mama floor 13)
walaupun mama masih tidak lekang dengan leteran tajamnya,berteriak dengan suara lantang mengegarkan bangunan pushkin ! , namun kali ni setiap kata-katanya mula jadi sesuatu yang berharga bagi kami..
setiap tegurannya kami turuti...
yeee..mama buat semua ni demi nak lihat bilik kami suci bersih dan murni..
setiap yang diberitahunya selama ni ade ertinya..mungkin silap kami..tak mahu menerima apa yang dinasihati mama selama ni..
tanpa kelibatnya sehari,seolah-olah satu bangunan pushkin ni xberseri2..
aura mama memang kuat sekali..sikapnya yang bertanggungjawab dan tegas dalam mendidik kami walaupun lam hati penuh dengan kasih sayang dan prihatin 
membuatkan kami mula menghargai kehadirannya 
di floor ni..
thanx mama floor 13..

harap2 dapt melihat kelibatnya lagi esok pagi ! ;)

wajah yang penuh dengan kasih sayang..walaupun cukup tegas sekali !

masih sempat berposing 
(gambar tanpa roomateku, fikri dan christopher..xbalik daripada kelas lagi mase ni)

benarlah kata2 pujangga ni :
hargailah setiap apa yang ada disekililing kita walaupun ianya sukar untuk diterima..jangan cepat mengeluh dengan apa yang memeritkan kita kerana janji allah kat kita dah pasti > setiap yang perit tu akan ada manis yang menanti 
percayalah;)

*korang perasan x?sepanjang post ni,
aku xnyatakan nama mama ni..
haha,siyesly,aku xingat nama dia,
aku penah tanya dia,tapi dah lupe;)


2 comments:

kia said...

vala name khai...

Anonymous said...

haha amik gmba siap ngn mama ni. haha comel plok ye senyum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...