Monday, April 4, 2011

saya SAYANG Ibu

moscow mula melabuhkan tirau musim winternya..alhamdullilah suhu hari ni 8 degree : terasa cam dah kat malaysia!sinaran matahari pun seperti sudah terpancar jelas fungsinya : memancarkan haba..nikmat ALLAH SWT sememangnya tiada nilainya;)


contest : saya SAYANG Ibu saya :
kredit to : ateh @ hairie (pereka contest ni)..
ok2..aku join contest ko!;)
lau korang nak tau lebih lanjut tentang contest ni jom usha2 lam laman ni : KLIK SINI

****************************************************
hati aku mula sebak tatkala sejadah mula dilipat dan diletakkan ditempat asalnya..yaaa..doa kepada seorang ibu sentiasa mengiringi setiap ibadatku..
membuka buku latin untuk meyiapkan tugasan..tetiba hati aku beralih kepada satu kisah..yang baru tadi memasuki episod hidup aku


>ianya bermula apabila train yang aku naiki untuk ke kelas berhenti di satu stesen bernama akademisiskaya..aku melihat kelibat seorang wanita mendukung seorang anak yang pada pandangan aku berusia dalam lingkungan 2 tahun..kelibat mereka pada awalnya langsung tidak menarik perhatian aku memandangkan ketika tu aku sedang rancak membaca buku mcQ histology..selepas 1 pandangan kepada mereka,mata aku beralih kembali kepada buku histologyku..dan pada 1 ketika,tetiba satu tangisan seorang bayi kedengaran sehinggakan mengganggu penumpang2 lain..pandangan aku mula teralih kepada wanita tadi..yup,tangisan itu adalah tangisan anak wanita tadi..secara tiba2,hati aku menjadi sebak..hormon terkilan dirembeskan tatkala melihat kelibat wanita tadi seperti terkial2 cuba menenangkan anaknya,memberi susu,sehinggakan tiada penyelesaian menyebabkan wanita tadi menangis..YA ALLAH..terlalu besar pengorbanan seorang ibu..
aku bukan siapa2 untuk berkongsi cerita ni kepada umum tapi bagi aku..kehadiran mereka dalam train tadi walaupun hanya seketika di pandangan aku..telah berjaya membuka mata dan hati aku : aku SAYANG ma aku !


saat ni : apakah khabar ma aku di sana ? jauh dari pandangan aku.. apa mungkin ma akan ada lagi untuk aku apabila aku kembali kepada ma 3 bulan lagi ?
aku ingat lagi..aku kecil2 dulu,apa yang keluar dari mulut aku,pasti aku akan dapat kalau bukan ketika tu jugak..tapi hari2 lain..
yee..begitu besar takhta bongsu aku..
kakak2 abang2 aku dah besar panjang,cuma tinggal aku yang still budak2 time tu..aku ingat lagi masa kecik2 dulu,lau aku nak mainan,lau aku xdapat lam masa seminggu,aku akan mengamuk : habis hancur la 1 rumah..xsah lau x 1 pinggan kat dapur aku pecahkan !abah aku marah..tapi ma aku ? bertindak sebagai agen penyelamat aku..tenangkan abah..aku?tersenyum dan apa aku nak..aku dapat !


pada 1 ketika,aku nakal,aku naik suara kat ma..abah aku rotan aku kuat2..tapi ma?ma still tenangkan abah dan cuba pulihkan segala kesakitan pada badan aku walaupun pada hakikatnya kesakitan tu memang wajar dihadiahkan tuk aku !


aku naik sekolah menengah..aku dah matang skit..tapi ? takhta aku memang tiada erti rendah dan hilang..apa yang aku nak,sume aku dapat,pergi ke sekolah ngan motosikal keluaran terbaru..
hebat kan aku ?
ni pun ma yang pujuk abah tuk belikan kat aku..
konon2 hadiah aku dah besar;)
kadang2 tu aku keluar malam2..makan2 sekejap ngan geng2 aku..ma nasihat JANGAN..dan aku tetap pendirian..aku salah ke??
1.aku dah bagitau..aku akan balik sebelum jam 11
2.aku xkan buat mende2 xbaik
3.aku dah besar kot..
lau masuk lam court keadilan..aku akan menang x?


dah macam2 karenah aku hadiahkan kat ma aku..hadiah yang buat aku cukup terharu..besar kesabaran ma menjaga aku..


dan ALHAMDULLILAH..time SPM,aku cemerlang..aku dah berjaya ! aku dah buktikan kat ma aku yang aku mampu berikan kejayaan tuk ma n abah !


tapi..bila aku cakap kat ma,aku nak ke UM je..ma xsetuju..kenapa???
aku tak setuju apabila ma kata dia nak aku ke luar negara dan cuba nasib lam bidang kedoktoran..time ni,aku mula rasa terancam dan tergugat,,aku rasa ma dah tak sayang aku dah !
dah la aku anak bongsu dan nak plak ma nak aku jauh2 ngan dia?
lau apa2 terjadi kat dia..bagaimana aku?
sungguh xadil..aku tau ma dah xlarat nak jaga dan layan karenah remaja aku..
mula2 aku memang tak setuju ngan pendirian ma ni..aku tetap ngan pendirian : aku nak pegi UM..aku dapat tawaran UM..maybe aku fikir aku xmau jauh daripada ma abah dan orang yang aku sayang..aku cam tak sanggup..


tapi atas harapan seorang ibu..aku rela..aku sanggup korbankan apa saja demi ma..kenakalan aku dah berakhir..segala apa yang aku buat saat ni..dan ketika ni..aku nak tebus balik kesalahan aku kat ma dulu !
setiap perilaku aku hari ni..aku sejuk dalam keadaan winter..aku bersama2 kawan2 jalan2..aku belajar..aku teringat ma..aku tak tipu..ma hadir lam pandangan aku setiap saat..



dan apabila kejadian dalam train berlaku tadi..barulah aku mengerti..ma nak aku ke overC untuk kebaikan dan masa depan aku..bukan untuk kepentingan ma..tapi untuk aku..yee..jalan ini terbaik untuk aku;)


aku bertuah sebab ma masih ada lagi untuk aku tak seperti orang2 diluar sana yang ada telah kehilangan ibu tersayang..
setiap saat saki baki hidup ma aku nak penuhi dengan doa dan kegembiraan..walaupun hakikatnya aku jauh berjuta2 batu daripada ma..
buat semua..aku nak semua jadi saksi aku..aku janji aku akan menjadi terbaik untuk ma selepas ni..aku berdoa..aku menjejakkan kaki di bumi tumpah darah aku nanti..aku akan dapat melihat kelibat ma walau ma dalam keadaan gembira ataupun tangisan..AMIN


teman2,pengunjung blog,
maaf andai cerita ini tiada ertinya dimata kalian,tapi bagi aku,selagi ibu kita masih hidup,jangan pernah kita berpaling daripada ibu kita..ada ibu hari ni bukan bererti ada lagi ibu untuk hari esok..
dan untuk contest ni:aku nak tagkan kepada 2 orang geng aku :



semoga ma sentiasa sihat disana..nantikan kepulangan oyi...tak beberapa lama lagi waktunya..akan tiba jua..AMIN

11 comments:

dazzwaizie said...

touching~

khai said...

tq kelwin;)

SITI SYUHADAH said...

sedey bce entry nih..pengorbann seorng mak begitu berharga walaupunn kite pnh skitkan aty dy, xdngr ckp dy..p dy tetp tunaikan ap yang kita mintak kan?
=)

khai said...

yup adah..menda yg lepas biarkan lepas..tuk hari ni esok dan selama2ny kita cubala jadi terbaik untuk mak kte..mak kta memang nak yg terbaik tuk kita dan kita apa salahnya mnjdi yg terbaik utk dia kn?;)

SITI SYUHADAH said...

btol2..dy da byk berkorban tok kita n kita bls pngorbanan dy ngn kejayaan kita satu ari nanti..INSYALLAH ..n pasty dy akn gembra mlihat ank2nye berjaya..

mHairiemiey said...

nice ngoh,,,,mmm,,,,
sorry bru bce,,,mmm,,,,
tp ye ke pilih um??,,hahaha

khai said...

adah:iA..itu amanah dan tanggungjawab seorang anak;)
ateh:ho laahh..haha

Anonymous said...

sdey bce entry ni...pengorbanan seorg insan bergelar ibu amat besar dlm hdp kite..

khai said...

yup..kita nakal,ibu tetap layan karenah..mm..ibu terbaik!

mHairiemiey said...

iA,,,,ad rezeki,,jumpe la ma blik kekgi,,,nk jupe gok ngan ma,,,mmmm,,:(

khai said...

jom2 teh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...