Mak Limah : "Lijah,anak kau yang bongsu tu sekolah kat mana ya?"
jawab Mak Lijah segan2 : "sekolah kat seberang kampung sebelah tu je ha..SMK......"
balas Mal Limah dengan yakin dan sedikit riak : "anak aku yang sorang tu cerdik sungguh..masuk
SBP.......harapan keluarga tu.hormat bla bla bla"
pernah dengar x dialog ni bila makcik2 bercakap kat tempat korang?
realiti masyarakat kita sekarang
antara kita sedar ataupun x,kita nak percaya ataupun x,itulah mentaliti + tradisi
sememangnya sesuatu yang cukup susah n payah tuk diubah
sesuatu yang perlu dibanggakan jika anak masuk sekolah SBP/sekolah bagus2
dan sesuatu yang dipandang rendah bila anak just study kat sekolah harian biasa
apa yang pasti,
sikap mereka ni sebenarnya telah downkan semangat pelajar2 sekolah harian biasa
tuk mencungkil segala isi kelebihan dalam diri mereka
rata2 pelajar di sekolah harian biasa akan menerima tempias ni
keyakinan self-confident mereka rendah dan lemah disebabkan oleh buah mulut masyarakat
sokongan yang kurang daripada penduduk setempat
yang seolah-olah memandang pelajar sekolah harian sebagai pelajar kelas ke-2
pelajar yang hanya bersederhana akademik,bersahsiah yang kurang
apatah lagi ponteng dijadikan amalan
dan jika ini prinsip yang dipegang masyarakat
sehingga bila darjat pelajar sekolah harian akan sama tingginya dengan pelajar sekolah lain?
dan bilakah lagi mereka akan menerima sokongan padu golongan setempat?
sesuatu yang perlu kita ingat dan sedar :
tempat dan keadaan takkan mampu melunturkan semangat,azam dan iltizam
walau kat mana pun kita menimba ilmu,selagi berkat itu ada ianya adalah satu usaha dan tawakal
setiap pelajar walau kat sekolah mana mereka bertinta ilmu
mereka akan tetap mempunyai kelemahan dan kelebihan mereka yang tersendiri
buat adik2 kawan2 yang still di alam sekolah dan bersekolah harian biasa
ayuh perbetulkan kesilapan korang bukakan balik segala pintu terkunci dalam kelebihan korang !
1.self-confident
masalah utama pelajar sekolah harian biasa
nak nampak jelas lagi?
cubalah masuk mana2 pertandingan akademik,sukan mahupun kokurikulum
yang melibatkan sekolah2 berasrama n sekolah harian
lihat di mana kekalahan awal mereka
mendengar melihat nama sekolah pun dah jadi DOWN !
bangun kawan2
nama tu bukan kayu ukur tuk jatuh keyakinan,
nama tu sebenarnya penguat untuk teruskan azam berjuang
jangan tunduk bila berdepan,jangan malu2 segan2
buktikan kita semua manusia sama2 ada kekurangan dan kelebihan
begitu jugak time belajar kita kena sentiasa proaktif
kalau cikgu buat don't know je kat kita..acah2 je ajar kita
tanya cikgu :
cikgu dapat gaji tuk mengajar kami kan?kalau cikgu gagal buat kami berjaya,cikgu berdosa :)
*JANGAN ikut amalan ni n buat kat cg di sekolah.xbaik :)
ni just tuk bangkitkan confident.hehe
#pergi sekolah esok tunjukkan muka senyum,tegur cikgu baik2
belajar dengan penuh azam dan confident..yeahh!
2. gunakan masa terluang dengan bijak/smart !
kalau nak diikutkan,masa yang terluang buat pelajar sekolah harian biasa sebenarnya sama sahaja ngan pelajar sekolah berasrama
cuma bezanya masa terluang bagi pelajar berasrama diatur dan buat pelajar harian biasa mereka perlu mengendalikan masa dengan cara mereka sendiri
bila ikut time table sendiri,maka balik sekolah sampailah esok plak sekolah
memang sembahyang+main+makan+tidur la jawabnya
xpun tengok sinetron ke,lestary ke,melodi ke kat TV :|
xpun lepak kat warong kedai,main dam n pergi merata2
habiskan masa dengan handset dan playstation
disinilah silapnya kita..kegagalan kedua hasil cernaan diri kita sendiri
jadi buat adik2 yang belajar kat rumah,
perlulah membuat time table sendiri yang gerenti berfungsi !
start malam,xde dah TV.focus on study.telefon pun OFF
bukan selalu pun,petang esok bukak balik :)
yang lagi bagus kalau korang buat study group ramai2
pilih rumah mana2 kawan,buat perbincangan berkumpulan
hari ni yang ni ajar,esok kau ajar,lusa hang plak ajar
*buat la makan2 bekal2..baru best :D
#buat study group korang jadi fun ngan berkongsi2 maklumat dan cerita! :)
3.xada sokongan padu daripada belakang ?
yang ni satu yang bagus adik2!
mak ayah xharapkan korang sebab sekolah kat sekolah biasa je,sebaliknya lebihkan tumpuan kat adik/abang/kakak korang yang study kat sekolah berasrama
kalau ni yang berlaku,korang kena chill je..dan pastikan jangan tunjuk ketidakpuasan hati korang kat mak ayah..kena ingat mereka sentiasa betul dan mereka buat begitu sebab mereka ada cara terbaik tuk kita juga
mereka sayang kita n mungkin tu cara mereka nak motivasikan kita :)
so,jadikan ni sebagai tekanan dalaman dan motivasi tuk kita terus berusaha ! untuk terus belajar !
fikirkan korang boleh ubah mentaliti mak ayah korang terhadap diri korang yang diaorang anggap korang biasa2 sederhana je dalam pelajaran..caiyok2 !:)
#perkara biasa bila kita belajar n duk kat rumah
dapat pahala lebih tolong mak :)
4.bila dah berusaha sikit,cepat give up?
yang ni dialami oleh semua student kat mana2 korang study
lepas pulun habis study,tetiba mari perasan give up
kalau boleh nak je buang semua ilmu kat lam diri korang kan?
xpe..jangan risau..ni common :)
cara nak atasi :
1.korang duduk tenang
2.tengok kiri kanan depan belakang
3.berdoa dalam hati "Ya Allah..tenangkanlah hatiku.."
*mohon segala kehendak korang.sesungguhnya Allah Maha Mendengar
4.basuh muka then take a rest ! :)
#berdoalah mintalah segala apa yang kita inginkan walaupun terpaksa dalam keadaan merangkak mahupun berlinangan air mata..Allah sentiasa ada buat kita :)
buat semua teman pembaca,
maaf andai entri aku kali ni mungkin menyebabkan korang terpinggir
*sebab mentionkan pelajar sekolah harian biasa
aku buat status ni sebab aku pun pelajar sekolah harian biasa
seorang pelajar yang tidak pandai dan tidak juga cerdik
pelajar yang biasa2 di sekolah kampung
dan aku bersyukur dalam kekeliruan aku mencari arah
Allah tunjukkan aku jalan
kuatkan semangat aku untuk berusaha dengen penuh azam dan iltizam
aku tutupkan segala pintu kemusykilan dan kemustahilan
walaupun di mata masyarakat tiada pandangan
tapi aku berubah demi tuk buktikan
pelajar sekolah harian bukan mustahil untuk cemerlang
jika korang pelajar sekolah berasrama,korang bertuah
teruskan kecemerlangan korang dan jangan sia2kan kepintaran yang ada
teruskan berjalan dan jalan tersilap sebarang langkah :)
dan buat semua teman yang bersekolah harian biasa
tiada cacat celanya kita..tiada mustahilnya kita untuk berjaya
biarkan apa sahaja bicara masyarakat dan biarkan kita tiada sokongan
Allah sentiasa ada :)
sebab yang nak berjaya bukannya mereka
tapi kita :)
*aku doakan korang semua berjaya lam apa jua bidang dan peperiksaan
may god bless u..amin
ni aku time form5..5SAB SMK Tengku Mizan Zainal Abidin Kuala Terengganu
terbaik gempak dan meletop !