Wednesday, February 15, 2012

risalah anak kampung


Sungai Lui-Aizat

bila dengar lagu ni,
aku akan suka tertawa
dan kadang2 juga sedih diiring air mata
aku ada alasan mengapa dan sebabnya 
Sungai Lui-Aizat benar2 mengingatkan aku akan kampung halaman 
(tempat yang pernah aku belajar risalah erti kehidupan)
walau kat mana saja aku berada lebih2 lagi kini di bumi perantauan

cuba korang bayangkan
bila mana musim perayaan terutamanya Aidilfitri menjelang 
ibu kota bandar2 besar akan lengang dek semua penduduk akan bertumpu ke satu arah tuju mereka
arah tuju yang bagi mereka,bila hadirnya musim perayaan,
mereka perlu kesana,kembali dan pulang kepada cerita hidup asal mereka
yang dah ditinggalkan sejak sekian lama
itulah kampung halaman..tempat mereka dibesarkan dan diajar erti kehidupan :)

ni aku time umur setahun jagung dulu.memang tak matang lagi masa ni :p
aku dibesarkan di Kampung Darat Batu Rakit,Kuala Terengganu 
dan pernah hampir 10 tahun menetap di Kampung Wakaf Tengah,Kuala Terengganu

sejak kecil aku di bawa tuk bermain air alur (sungai tapi cetek)
asal je masuk musim tengkujuh,air alur ni lah jadi peneman main ramai2
dan best jugak masa ni boleh tangkap ikan puyu (ikan yang duduk dalam kawasan lumpur)
apa yang mencabarnya tangkap ikan puyu ni sebab ikan ni susah nak ditangkap
so kita kena ada skill sebab ikan ni agak aktif dan bersisik keras
main2 kejar kat sawah padi,balik makan ubi rebus cicah dengan gula
perghh...memang terbaik !
*dan banyak lagi tak terungkap tuk di cerita

sekarang ni 
aku dah meningkat usia remaja 
aku juga sama seperti teman2 lain yang sudah berhijrah ke tempat lain 
demi untuk menimba ilmu dan mengejar cita2
bukan sengaja meninggalkan ma ayah keluarga kawan2 saudara-mara 
tapi itulah satu kewajipan demi nusa,bangsa dan agama 

buat semua teman2 yang pernah melalui memori yang sama seperti aku,
simpanlah kenangan tu sehingga akhir hayat kita
jika kini kita berada di kota mahupun merentasi benua penghujung dunia
jangan pula kita alpa dan lupa asal-usul sebenar kita
siapa diri kita dan dari mana munculnya kita
berbanggalah kita sebagai jaguh kampung
dan apabila kita berjaya satu hari nanti
duplikasilah ilmu itu kepada warisan turun-temurun kita
jangan biarkan mereka terlepas daripada merasai nikmat indah 
seperti yang kita dan nenek moyang kita pernah rasai 
jangan biarkan mereka melupai adat resam dan sejarah asal kehidupan kita 

 pepatah melayu :
hujan emas di negeri orang
lebih baik hujan batu di negeri sendiri

20 comments:

Miss Butterfly said...

hai orang kampung! nanti balik kampung kite jumpa ramai2 eh? hahah ;)




ajak ijat skali :)

♥ asma ♥ said...

buatpe nk malu jadi budak kg.
we are who we are. ohyeah! :D

fariha said...

peh!! teringat zaman kecik2 dulu. slagi mak xsuruh masok mandi, slagi tu lah dok main ngan kawan2. leni, msg2 bawak haluan sendri.

all da best, dos! anok2 tranung terbaik lam kalangan yg terbaik!

bulan 7 ni balik op?? gomo ubi rebus sapa puas... HAHAHA

:: Khai Artzfar :: said...

proud to be budak kg!! thumbs up for this entry ^-^... sebak pun ade kehkehekeh

Polaris Girl said...

org sekampung la ni ek.. duk kg wakaf tgh jgk

khai said...

miss butterfly : hai orang kampung!haha..insyaAllah..bereh :)

asma : yup..org kg sekarang dh kat mane2..terbaik!:)

fariha : haha..kalu dulu kalu boleh nok je tidur nge kawan lam parit ke pondok je ork.best2
yup.anak ganu sume terbaik!
insyaAllah bulan 7 ekgi balik..mmg gomo abih la mkanan best2.hee

khai said...

khai : haha..yup..bnyk memori n kenangan time kecik2.budk kg mmg terbaik!

polaris girl : yup.pernh duk wakaf tengah 10 tahun.skrg dh pindh :)

Polaris Girl said...

haha owh dah pndah ek, sekarang duk kat mana?

hidayahjaffri said...

gemok nya dak nie time kicik..tembam..

nah~
http://norhidayahjaffri.blogspot.com/2012/02/saya-nak-anak-twin.html

khai said...

polaris girl : skrg duk kmpung darat batu rakit.kat maras tu :)

kak hidayah : haha..tu la.nakal satu gi.ish3.
insyaAllah semoga akak dpt anak twin.amin :)

Polaris Girl said...

Owh ye yer, akak kenal.ramai sdare mare duk ctu. Dlu amek SPM kat stemza yer? bagus la, amek medic oversea. boleh la perkenalkan awak kt adik akak,die da give up stdy kt skolah biase. die ckp ssh nak skor kalo skolah biasa..

khai said...

polaris girl : oo.yeke kak?mungkin ad yg sy kenal:)..yup,sy kat stemza dlu.alhamdullilah
oo.xde yg mustahil kak..blaja kat mana2 pun,yg berbezany mentaliti kita..kita fikir kita rendah,kita akn rendah..juz berusaha.insyaAllah..kimsalam kat adik kak yep..bgitau dye,just strive foe success..amin :)

Polaris Girl said...

insyaAllah akan sampaikan, skrg blajar kat sana, ok ke? Haa akak tgk awk mutual friend dgn Zulhilmi Ismail.. Die stdy kt russia jgk, tp kt Volgo. Adakah kamu saling mengenali? hee

Nurul Iman Rosman said...

owh, asal terengganu ye.
patut lah kacak bergaya. eh? ;p

ape-ape pon, saye sangat berbangga jadi orang kampung! yey! :D

khai said...

polaris girl:alhamdullilah kak..semua ok..arap2 boleh capai kemuncak dgn jayany.amin :)
oo..abg zulhilmi.kenal2.hehe..dye kat volgogorad.budk maras anak stemza ade sorg study sne.junior muda setahun dripada sy :)

khai said...

nurul iman : hehe.org ganu mmg riang hepy senyum sokmo :D
yup.sgt berbangga!

zafiera said...

Org Ganu? best juga cerita ni..

khai said...

zafiera:yup..org ganu :)

Polaris Girl said...

aka add ur fb. still tggu approve..

khai said...

polaris girl:FB akak nme ape?maaf xperasan :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...