Monday, May 2, 2011

7 : HARAPAN bila aku balik malaysia

alhamdullilah..
setelah seminggu tanpa kelibat entry aku di laman ni..
akhirnya hari ni aku berkesempatan
 untuk berkongsi 1 entry yang cukup menarik
menarik bagi aku..yang begitu menunggu2 kan detik tu!;)

seminggu yang penuh dengan colloq (exam)..
5 exam dalam 1 minggu..
memang tak sempat nak update blog..sory yep!menyepi minggu lepas;)

dan bila minggu ni aku free
 sementara tunggu final exam tak beberapa lama lagi
tetiba plak mari fikir
dah tak lama lagi dah aku nak balik malaysia ! 
tanah air aku !;)
lau ikut tiket flight yang aku dah tempah,
aku akan berangkat daripada kota moscow ni pada 23 jun ni..
harap2 xpostpone dah..amin amin..

masa berlalu ngan begitu cepat kan?
dah 7 bulan aku kat kota moscow ni..
still masih rasa cam aku kat sekolah,
dalam barisan perhimpunan berpakaian uniform;)
yup..begitulah kehidupan..
berputar..dan terus berputar..
tanpa kita sedari;)

 2 bulan 14 hari : cuti yang taklah begitu panjang..
nampak macam lama..tapi hakikatnya itu hanyalah sekejap
pejam celik itu ini..cam seminggu je..

memandangkan masa tu tak panjang
aku yakin dan percaya :
MASA ITU EMAS
jangan membazir !

so,aku ada 7 harapan yang aku nak selesaikan 
bermula detik aku sampai 23 jun nanti
sehinggalah saat2 aku balik semula kesini bulan 9 nanti

korang nak tahu apa hajat besar aku ni?
dah 7 bulan aku duk sini..aku fikir aku kumpul..dan aku percaya..
7 hajat ni paling perrrrggghhh!!

1. JADI ANAK TERBAIK BUAT MA DAN ABAH

apa yang aku harapkan,merekalah orang pertama yang aku tengok 
bila aku menjejakkan kaki keluar daripada balai ketibaan KLIA nanti..
aku harap,merekalah orang pertama 
yang menjadi saksi melihat air mata kegembiraan aku nanti
 dan aku nak merekalah orang pertama yang aku peluk erat mohon restu..
aku tak mahu lagi jadi anak yang tak dengar cakap..lawan cakap..
aku nak berubah..
aku nak menghabiskan masa di malaysia 
ngan jadi anak mereka yang paling baik 
pernah ada tuk mereka : selama 2 bulan 14 hari

2. JADI ADIK YANG TAK NAKAL ;)

muka2 ni la dulu yang kategorikan aku budak nakal..ntah la aku kenapa..
kali ni aku balik 2 bulan 14 hari aku nak buktikan kat mereka sume
yang aku baik..adik yang terbaik pernah diaorang ada k..
aku harap sangat aku dapat jumpa diaorang semua nanti..
memang aku rindu diaorang sume tahap 100 % !
dan kali ni aku nak travel kat sume umah2 korang
cuti2 malaysia.hehe
boleh kan ?;D

3. BERJUMPA DENGAN INSAN TERSAYANG;)

miss her very much ;)
tak sabar aku nak jumpa dia..
dah 7 bulan tak jumpa..
dan aku yakin,dia pun mesti tak sabar2 nak tunggu kepulangan aku
dont worry honey !
abg belanja makan icecream nanti ye..banyak2 gitu;)
dan aku harap sangat,
aku dapat berjumpa ngan dia selalu selama 2 bulan 14 hari ni
dan aku harap3 sangat,
dia tak nangis lagi..rindu..bila aku balik malaysia nanti;)

4. JADI KAWAN PALING AKRAB..MANTOP!;)

sahabat sejati sentiasa dihati;)
aku ingat lagi,sebelum aku nak pergi dulu,
korang buat BBQ makan2 tuk aku
masing2 dah belajar jauh2..
tapi ikatan persahabatan antara kita semua tak pernah putus..
lau dulu,study sama2,susah senang pun sama..
memang aku akan kenang korang sampai bila2!
dan apa harapkan tuk kepulangan aku yang hanya 2 bulan 14 hari ni,
aku nak jumpa ngan sume pok2 ni..
pekena roti tempayan wakaf tengah xpun restoren assyikirin..
main2 badminton futsal..
lepak2 jalan2 bandar..
jumpa korang sume bulan 6 nanti !

5. MAKAN : AYAM KFC + NASI LEMAK + NASI DAGANG

yang ni memang xleh blah..dah 7 bulan aku simpan harapan ni..
siyesly,aku balik nanti,aku memang nak ngam banyak2 sume ni !
nasi lemak pasar maras,nasi lemak wakaf tengah,nasi lemak ma buat
nasi lemak sambal ikan aye..telur ngan ikan bilis..xpun ayam goreng
nasi dagang pasar maras,nasi dagang lek'ele 
snack plate KFC..hot & spicy
PERRRGGGGHHH ! memang paling HOT !
nantikan kepulangan aku nanti;)

6. AIDILFITRI PALING BERMAKNA !;)

alhamdullilah..raya tahun ni..aku akan raya kat kampung..
bukan kat perantauan;)
dan aku harap,
hari raya aidilfitri tahun ni akan lebih meriah daripada tahun2 lepas !
mana tau,tahun depan aku kena raya kat perantauan ke..
dan yang pasti,aku nak pekena sate,nasi himpit,ketupat,kuih2 raya !
bermaaf2an ngan ahli keluarga 
disamping mengutip duit raya ngan ahli2 keluarga tercinta;)
(ade chance lagi..hehe)
yang pasti..takbir raya bergema tahun ni..
bagi aku bukan di kedutaan malaysia moscow tetapi di kampung halaman;)

7. BEKAL BAWA BALIK KE MOSCOW

yang ni WAJIB perlu diingati..
pastikan luggage 30kg aku penuh nanti ngan sume2 ni.hehe
siyesly,susah sangat2 nak dapat sos cili,kicap manis,
maggi sebest kat malaysia dan budu..apatah lagi.
dan diharapkan bekalan untuk SEM depan,akan cukup untuk aku
xperlulah nak pos2 lagi..
lau aku tak ingat,korang tolong ingatkan aku k?;)


yup..7 harapan yang begitu bermakna bagi aku..
aku harap cuti 2 bulan 14 hari aku nanti..
aku mampu laksanakan semua harapan dan keinginan aku ni..
begitulah hakikatnya anak perantau..
balik kampung pun siap ada harapan lagi..
maklumlah balik sekali setahun ;)

kalau korang ada harapan jugak..
xkira la 7 ke 8 ke atau lebih lagi pun
pastikan harapan korang tu jelas..
dan jangan lupa capai harapan korang tu !
kerana setiap pengharapan itu 
membuatkan hidup korang lebih bermakna ;)
insyaALLAH..

14 comments:

Taufik Jusoh said...

bukan ko lupa ke nak makan durian?

n satu benda penting ko nak jumpa aku belanja aku makan KFC. cis!~ HAHA

i l y l i n said...

selamat pulang ke malaysia...! dan selamat berjumpa dengan insan tersayang :)

waheda said...

Amin...harap semua impian tu termkbul

khai said...

topex:adeshhh..tertinggal durian sudaa.yg belanja tu kau,bukan aku..haha
ilylin:iA..xsbar2 ni nak balik;)
waheda:amin..insyaallah;)

SITI SYUHADAH said...

smge impian y dimpikan termakbul...bestnye laa an dok jao2 nih...slamat pulang ke malaysia..Ganu kite...hihih

khai said...

ada:iA..amin..ganu kiter!;)

shamyheart said...

Semoga segalanya dapat ditunaikan..

Nk buat wish mcm ni jugak la.. ekeke! mengada btul, kan?

khai said...

hahaha..buat2 sha..iA..sama2 doakan segalanya termakbul k;)

mirae_amymirahs said...

terbaek punyer harapan dori....hahhaha..... semoga 2 bulan 14 hari semuanya berjalan lancar....
^_^

n@n@ =)) said...

mai raye umh ak jgn lupa~

n@n@ =)) said...

mai raya umh aku ~

kEnaNgan TERIndah said...

la..7 ja ka>>>hai...ceq yg duk malaysia ni..beratuih2 nk wat bla blik..ni 7 ja??amt ta bguih!! hihi..anyway slamt pulang!! nty saya g antaq awak!! opsss...pkie la..hahaha

khai said...

mirah:thanx mirah..iA..ingat gi mg ke aku ork;)
pana:bereh na..iA;)
farhah:haha..ade bnyk lagi,durian,air kelapa..bla2,xcukup lagi tu.hehe..yelaa tu

mirae_amymirahs said...

aku ingat belake kawan2 aku..... yg penting mg jgn luper jemput aku mkn nasik minyok mg ngan yani yerp..... aku tunggu =))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...