Sunday, February 19, 2012

belajar di sekolah harian? *jom betulkan segala kekurangan !


Mak Limah : "Lijah,anak kau yang bongsu tu sekolah kat mana ya?"
jawab Mak Lijah segan2 : "sekolah kat seberang kampung sebelah tu je ha..SMK......"
balas Mal Limah dengan yakin dan sedikit riak : "anak aku yang sorang tu cerdik sungguh..masuk  
                                                                           SBP.......harapan keluarga tu.hormat bla bla bla"

pernah dengar x dialog ni bila makcik2 bercakap kat tempat korang?
realiti masyarakat kita sekarang
antara kita sedar ataupun x,kita nak percaya ataupun x,itulah mentaliti + tradisi
sememangnya sesuatu yang cukup susah n payah tuk diubah
sesuatu yang perlu dibanggakan jika anak masuk sekolah SBP/sekolah bagus2
dan sesuatu yang dipandang rendah bila anak just study kat sekolah harian biasa
apa yang pasti,
sikap mereka ni sebenarnya  telah downkan semangat pelajar2 sekolah harian biasa 
tuk mencungkil segala isi kelebihan dalam diri mereka
rata2 pelajar di sekolah harian biasa akan menerima tempias ni
keyakinan self-confident mereka rendah dan lemah disebabkan oleh buah mulut masyarakat
sokongan yang kurang daripada penduduk setempat
yang seolah-olah memandang pelajar sekolah harian sebagai pelajar kelas ke-2
pelajar yang hanya bersederhana akademik,bersahsiah yang kurang 
apatah lagi ponteng dijadikan amalan

dan jika ini prinsip yang dipegang masyarakat
sehingga bila darjat pelajar sekolah harian akan sama tingginya dengan pelajar sekolah lain?
dan bilakah lagi mereka akan menerima sokongan padu golongan setempat?

sesuatu yang perlu kita ingat dan sedar :
tempat dan keadaan takkan mampu melunturkan semangat,azam dan iltizam
walau kat mana pun kita menimba ilmu,selagi berkat itu ada ianya adalah satu usaha dan tawakal
setiap pelajar walau kat sekolah mana mereka bertinta ilmu
mereka akan tetap mempunyai kelemahan dan kelebihan mereka yang tersendiri

buat adik2 kawan2 yang still di alam sekolah dan bersekolah harian biasa
ayuh perbetulkan kesilapan korang bukakan balik segala pintu terkunci dalam kelebihan korang !

1.self-confident 
masalah utama pelajar sekolah harian biasa
nak nampak jelas lagi?
cubalah masuk mana2 pertandingan akademik,sukan mahupun kokurikulum
yang melibatkan sekolah2 berasrama n sekolah harian
lihat di mana kekalahan awal mereka
mendengar melihat nama sekolah pun dah jadi DOWN !
bangun kawan2
nama tu bukan kayu ukur tuk jatuh keyakinan,
nama tu sebenarnya penguat untuk teruskan azam berjuang
jangan tunduk bila berdepan,jangan malu2 segan2
buktikan kita semua manusia sama2 ada kekurangan dan kelebihan
begitu jugak time belajar kita kena sentiasa proaktif 
kalau cikgu buat don't know je kat kita..acah2 je ajar kita
tanya cikgu : 
cikgu dapat gaji tuk mengajar kami kan?kalau cikgu gagal buat kami berjaya,cikgu berdosa :)
*JANGAN ikut amalan ni n buat kat cg di sekolah.xbaik :)
ni just tuk bangkitkan confident.hehe

#pergi sekolah esok tunjukkan muka senyum,tegur cikgu baik2
belajar dengan penuh azam dan confident..yeahh!

2. gunakan masa terluang dengan bijak/smart !
kalau nak diikutkan,masa yang terluang buat pelajar sekolah harian biasa sebenarnya sama sahaja ngan pelajar sekolah berasrama
cuma bezanya masa terluang bagi pelajar berasrama diatur dan buat pelajar harian biasa mereka perlu mengendalikan masa dengan cara mereka sendiri
bila ikut time table sendiri,maka balik sekolah sampailah esok plak sekolah
memang sembahyang+main+makan+tidur la jawabnya
xpun tengok sinetron ke,lestary ke,melodi ke kat TV :|
xpun lepak kat warong kedai,main dam n pergi merata2
habiskan masa dengan handset dan playstation 
disinilah silapnya kita..kegagalan kedua hasil cernaan diri kita sendiri
jadi buat adik2 yang belajar kat rumah,
perlulah membuat time table sendiri yang gerenti berfungsi !
start malam,xde dah TV.focus on study.telefon pun OFF
bukan selalu pun,petang esok bukak balik :)
yang lagi bagus kalau korang buat study group ramai2
pilih rumah mana2 kawan,buat perbincangan berkumpulan
hari ni yang ni ajar,esok kau ajar,lusa hang plak ajar
*buat la makan2 bekal2..baru best :D

#buat study group korang jadi fun ngan berkongsi2 maklumat dan cerita! :)

3.xada sokongan padu daripada belakang ?
yang ni satu yang bagus adik2!
mak ayah xharapkan korang sebab sekolah kat sekolah biasa je,sebaliknya lebihkan tumpuan kat adik/abang/kakak korang yang study kat sekolah berasrama
kalau ni yang berlaku,korang kena chill je..dan pastikan jangan tunjuk ketidakpuasan hati korang kat mak ayah..kena ingat mereka sentiasa betul dan mereka buat begitu sebab mereka ada cara terbaik tuk kita juga 
mereka sayang kita n mungkin tu cara mereka nak motivasikan kita :)
so,jadikan ni sebagai tekanan dalaman dan motivasi tuk kita terus berusaha ! untuk terus belajar !
fikirkan korang boleh ubah mentaliti mak ayah korang terhadap diri korang yang diaorang anggap korang biasa2 sederhana je dalam pelajaran..caiyok2 !:)
#perkara biasa bila kita belajar n duk kat rumah
dapat pahala lebih tolong mak :)

4.bila dah berusaha sikit,cepat give up?
yang ni dialami oleh semua student kat mana2 korang study
lepas pulun habis study,tetiba mari perasan give up
kalau boleh nak je buang semua ilmu kat lam diri korang kan?
xpe..jangan risau..ni common :)
cara nak atasi :
1.korang duduk tenang
2.tengok kiri kanan depan belakang
3.berdoa dalam hati "Ya Allah..tenangkanlah hatiku.."
*mohon segala kehendak korang.sesungguhnya Allah Maha Mendengar
4.basuh muka then take a rest ! :)
#berdoalah mintalah segala apa yang kita inginkan walaupun terpaksa dalam keadaan merangkak mahupun berlinangan air mata..Allah sentiasa ada buat kita :)

buat semua teman pembaca,
maaf andai entri aku kali ni mungkin menyebabkan korang terpinggir
*sebab mentionkan pelajar sekolah harian biasa
aku buat status ni sebab aku pun pelajar sekolah harian biasa
seorang pelajar yang tidak pandai dan tidak juga cerdik
pelajar yang biasa2 di sekolah kampung
dan aku bersyukur dalam kekeliruan aku mencari arah
Allah tunjukkan aku jalan
 kuatkan semangat aku untuk berusaha dengen penuh azam dan iltizam
aku tutupkan segala pintu kemusykilan dan kemustahilan
walaupun di mata masyarakat tiada pandangan
tapi aku berubah demi tuk buktikan
pelajar sekolah harian bukan mustahil untuk cemerlang
jika korang pelajar sekolah berasrama,korang bertuah
teruskan kecemerlangan korang dan jangan sia2kan kepintaran yang ada
teruskan berjalan dan jalan tersilap sebarang langkah :)
dan buat semua teman yang bersekolah harian biasa
tiada cacat celanya kita..tiada mustahilnya kita untuk berjaya
biarkan apa sahaja bicara masyarakat dan biarkan kita tiada sokongan
Allah sentiasa ada :)
sebab yang nak berjaya bukannya mereka
tapi kita :)
*aku doakan korang semua berjaya lam apa jua bidang dan peperiksaan
may god bless u..amin

ni aku time form5..5SAB SMK Tengku Mizan Zainal Abidin Kuala Terengganu
terbaik gempak dan meletop !

13 comments:

fariha said...

belajar kat mane2 pon same je. yg penting kene tengok kat mentaliti kite. kalau kite yakin yg kite boleh up, insyaAllah. kite up. kalau kite dok pikir kate2 orang yg dok rendah2kan sape2 yg skola kat skola harian, maka, down lah kite. kalau kite tengok, sebenarnye ramai je students yg dok ovsea tu skola kat skola harian. senang cerita, tepuk dahi, tanya hati~

=)

khai artzfar said...

pengalaman adalah emas dalam hidup :D

kinara kinatara said...

belaajar kat mane2 un same jer...
asalkan kita ada kesedaran tuk blajar...

biasanya anak dari golongan yang kurang berkemampuan yang lebih berjaya...
coz dyeorang ade semangat nak belajar n ubah nasib keluarga...

salam..

Reen Rostarizam said...

Assalamualaikum,
ye mmg mentaliti masyarakat kita macam ni, kadang2 bukan setakat sindiran je diorang bagi tapi dgn mimik muka lagi kalau dgr dari sekolah kat femes *pernah kena sebab tu emo. k tapi apa pun sy jadikan itu sbgai penguat semangat untuk buktikan lagi dkt depa2 tu semua yg tak semestinya sekolah harian tu tak bagus. So yg sekolah dkt sekolah2 harian tu just take it in postive way, it depends on how you look at it actually, kalau fikir nak rasa down, mmg la makin down. So chill and take it as challenge. :)

khai said...

fariha:biasanya pelajar2 skolah harian biasa dia akan memberontak sbb sikap msyrkt yg sllu rndhkn mereka..yup,betul tu.ramai kat oversea pljr2 yg asal sklh biase2 je
yg penting niat,iltizam n usaha dri sendiri :)

khai:haha..betul tu bro..:)

khai said...

kina : wsalam.n ramai jugak pelajar yg bermasalah dtg dri kluarga yg bermasalah lebih2 lagi yg tertekan ngan hidup..yg pastiny semua atas dri kita sendiri

reen : wasalam..yup.tu yg eprlu dilakukan..pandang sikap msyrkt/org sekeliling tu sbgai penguat smngt tuk terus berusaha..insyaAllah :)

capt. keon alhan said...

ni bukan nak bngga ke hape.sy dulu bljr kat sbp.tapi seriously,sme je sbp ke sklh harian ke.takde beza pun.n menurut sy,bdk sbp ni byk spoon feeding n ble kat u mle trnganga cri arh*sy la tu* berbza dgn daily school,kjyaan mrka byk usha mrka sndiri drpd ckgu2.jd bila di u mrka blh survive.itu yg sll kita dgr,top student sbp masuk u kantoi*tak semualah...*tapi yg lbihnya di sbp fasilitinya lah...itu je pun...act sy lagi respect bdk sklh harian yg success drpd dak sbp sbb dkt rumah lgi byk dugaan dr di asrma...akhir kata,tak kira mana kita belajar,kutiplah ilmu,hormatilah guru2 n berbaik ngan kwn2...sekian terima kasih..*pjg gila komen ni,,,sori la ye pak doktor...*

khai said...

capt.keon:komen yg pnjg tpi padat n bermakna tu:)
tapi yg pasti semua depend atas org/pelajar tu sendiri dye nk cmmana,usaha dye,iltizam dye ditahap mana..insyaAllah..semoga semuany terbaik n berjaya capai cita2.amin:)

Anonymous said...

Haha... Terharu bile bace... Mmang btul entry ni... kbnykn msyrkt skrrg mcm tu.. Mreka suke anggap skola hrian byase2... Tpi skrg ni, dh bnyk skola hrian yg bole brsaing dgn sbp... So, Keep it up!!

Pesona Anggun said...

slm.. adik akk nk mntk pndpt... thun ni ank akk 13 thun.. so akk sekolah asrama...dlm dua bulan ni dia ckp tak suka duduk asrama dan ingin sekolah biasa...dari segi pembelajaran dia kata ok.... asrama... dia tak suka... so apa harus akk buat... adakah tahun hadpn akk keluarkn dia dr asrama n sekolahkan di sekolah harian?

Pesona Anggun said...

slm .. ank akk baru duduk asrama 2 bln.. tapi dia tak suka duduk asrama.. setiap kali blik kg.. dia ckp boleh tak .. taknak blik asrama... akk tnya belajar ok tak? dia kata ok.. cuma terus terang dia ckp tak suka duduk asrama.. apa perlu akk buat?

Shila Muin said...

Assalam aunty adalah product sbp. tak nafikan ada pro n contra belajar di sbp dan shb. Tapi my eldest twins aunty pilih ke sekolah harian sehingga form 5. They were doing well n sangat aktif in koku. Yang bagusnya aunty dapat sertai semua activities yang anak2 participate. Klu banding masa aunty di sbp dan anak2 di sklh harian rasanya anak2 di sklh harian lebih beruntung...tapiii perbezaan aunty dari kampung mmg sangat perlu ke sbp untuk sklh dgn fasiliti yang lebih baik tp anak2 aunty rasanya lebih baik bersekolah di Shah Alam dengan segala kemudahan yang ada.

Shila Muin said...

sekarang anak no 3 yang jadi masalah dan delima buat aunty. dia nak sngat ke sbp or mrsm. so kami mohon online. gagal untuk ke sbp juga mrsm dan aunty mohon rayuan. dia bersolah di sklh abg dulu dan dia sngat happy dan ada form study group dan dapat ke kelas krk pilihan PPD which is the first krk class.
masalah klu dapat adakah aunty perlu hantar ke sbp atau tolak tawaran. as for my son dia dah happy kat smk. aunty ada sbb nak juga hantar dia ke sbp...dilema.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...