Monday, February 20, 2012

kursus kahwin *some of the story


Alhamdullilah
hari yang panas hari ni berlatarkan suhu -12 degree dengan adanya kelibat matahari
segala-galanya menampakkan kebesaran Ilahi :)

kursus kahwin *some of the story
program yang sangat berguna dan bermaklumat
walaupun masih belum bersedia tuk mendirikan rumah tangga,xsalah tuk kita sertai
untuk tambah ilmu demi masa depan :)

Program ni anjuran Kelab Umno Luar Negara Moscow
dan diadakan khas sempena cuti SEM baru2 ni 
hampir 200 orang peserta join program ni 
yang merupakan pelajar-pelajar jurusan kejuruteraan dan kedoktoran kat Moscow
menariknya tentang program ni :
kesemua panel dan penceramah yang hadir diterbangkan khas 
daripada Jabatan Agama Islam Negeri Melaka
dan apa yang lebih bermakna,
Ketua Menteri Melaka,YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam turut hadir bersama isteri beliau 

pagi2 dah bangun nak bersiap ramai2 nak pergi menimba ilmu tuk masa depan 
*semangat membara niat ikhlas dan kalau ada jodoh xlama n xkan kemana :)

tempat : Kedutaan Besar Malaysia,Moscow
masa: 9.00 pagi - 11 malam
ni slot pertama tentang akhlak dan akidah
banyak input-input berguna yang ustaz kongsikan
tentang masalah pasangan suami isteri zaman sekarang
memang perlu ada pendedahan agama yang meluas
segala-galanya memerlukan peranan yang penting daripada suami n isteri

Sabda Rasulluah SAW yang bermaksud:
"Berkata ia (jibril) "beritahu kepadaku tentang iman" Nabi Muhammad menerangkan :
"(Imam ialah)kamu beriman kepada Allah SWT,amalaikat-malaikatNya,kitab-kitabNya,rasul-rasulNya dan hari akhirat,serta kamu beriman kepada takdir (yang ditentukan oleh Allah SWT) baik dan buruknya."
(setelah mendengar penerangan itu) beliau berkata : "Benarlah kata-kata tuan"
Riwayat Muslim

slot seterusnya disambung plak ngan penerangan oleh seorang pakar motivasi tempatan
dan kali ni beliau mengulas plak pasal hubungan kita dalam keluarga
penerangan yang agak serius tapi cukup sampai ke telinga :)
menurut beliau,
masalah sesuatu rumah tangga tu sebenarnya berpunca daripada sikap suami isteri tu sendiri
macam mana pergaulan mereka seharian,penerimaan terhadap diri pasangan
keberkesanan hubungan kelamin suami isteri
begitu jugak ngan tanggungjawab ibubapa bila dah dapat anak 
dan tanggungjawab seorang anak terhadap ibu bapa mereka

dan pas tu time tuk rehat makan dan solat jumaat berjemaah
rehat dulu sambil cerita pasal kahwin :p
posing maut.haha
bergambar bersama Datuk Duta Besar Malaysia di Bumi Russia
candid bersama Ketua Menteri Melaka selepas selesai solat jumaat berjemaah

yang ni slot paling best !
banyak pengalaman yang dikongsikan oleh pakar motivasi ni
penyampaian beliau yang sempoi2 lawak memang buat semua xkering gusi :D
banyak yang beliau terangkan tentang proses perkahwinan
tanggungjawab seorang suami dan isteri dan langkah-langkah perlu dilakukan sekiranya berlaku perselisihan faham/keretakan rumah tangga

Sabda Rasulluah SAW :
"Apabila datang kepada kamu (wali) orang yang kamu redhai agama dan akhlaknya maka hendaklah kamu kahwini akannya,jika kamu tidak melakukannya nescaya akan berlaku fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar"
(At-tarmizi,Ibnu Majah dan Al-Hakim)

khusyuk mendengar ni :)

 dan lastly upacara penutup program pada waktu malamnya

persiapan tuk makan malam :)
makanan dah dihidang..tunggu masa je ni :D
 Dif-dif kehormat (dari kiri : Presiden Kelab Umno Moscow,Ketua Menteri Melaka dan isteri serta Datuk Duta Besar Malaysia ke Moscow dan isteri)

ucapan perasmian penutup oleh YAB Ketua Menteri
banyak jugak beliau berkongsi2 pengalaman beliau tentang rumah tangga ni:p

ucapan penutup yang disusuli dengan tepukan gemuruh para peserta

Alhamdullilah..aku bersyukur dapat sertai program ni
terima kasih Kelab Umno Moscow dan semua pihak yang menjayakan program ni

dan kesimpulan aku :
kahwin tu mudah tapi nak kekalkan perkahwinan tu susah
dan cukupkanlah kita dengan segala ilmu agama 
supaya nanti kita akan berjaya menjadi seorang imam (suami)
yang akan membawa makmumnya (isteri) ke syurga 
semoga kita semua berada di jalan berkat-Nya
amin

Firman Allah SWT :
Dan nikahkanlah orang-orang yang sendirian di antara
kamu, dan orang-orang yang layak (menikah) dari hamba
sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang
perempuan. JIKA MEREKA MISKIN ALLAH AKAN MENGKAYAKAN
MEREKA DENGAN KARUNIANYA. Dan Allah Maha Luas
(pemberianNya) dan Maha Mengetahui.”
(An Nuur 32)

Alhamdullilah..tiket tuk kahwin aku dah dapat 
korang bila lagi ? :)

12 comments:

Miss Amateur Cook said...

wahhh menarik! knp kat mesir x buat mcm ni.

Anonymous said...

nampak cam best :)

khai said...

miss amateur cook : still belum buat kot.hehe.insyaAllah ada tu nanti :)

khai said...

nureenina : yup.bnyk boleh blajr ilmu2 bab kahwin..mmg best :)

Bunda Ali said...

best , tapi masa tunggu masa nak makan tu , adoi lomah den , lama betul dia cakap pasal politik -.-

apa pun pengalaman yg sgt best :)

khai said...

haha..betul tu,abis pelusuk dunia dia pegi duk bercerita..papepun,tahniah buat penganjur best program ni
alhamdullilah :)

Polaris Girl said...

wahh x lame dah ni.. haha

khai said...

polaris girl:haha..insyaALLAH kalu ada jodoh kak :)

Polaris Girl said...

Dah ade calon dah tu.. InsyaAllah.. Harap2 la sampai kda tah Kg Pengkalan Maras.. :D

khai said...

polaris girl:haha..sampai mase smpai la tu ekgi kak..special punye :p

ariffin mutalib said...

Prof Burn (Datuk Prof. Madya Dr. Abu Bakar Bin Mohamad Diah) pergi lawat korang kat moscow la ea..dia dulu ex-staff(TNC penyelidikan & inovasi) UTeM Melaka..mesti cerita pom pang pom pang kan..hahaha

khai said...

ariffin:haha..oo..ada rasanya dye cerita pasal kerjaya dya..sgt klakar..haha..mmg xkering gusi dgr dye buat lawak.sempoi je :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...