Saturday, February 12, 2011

aku.17 tahun & musim 'boh' di ganu

aku.17 tahun & musim 'boh' di ganu
(aku.17 tahun & musim tengkujuh di terengganu)
sedang aku sibuk menyiapkan nota anatomy sambil melayan segala isi FACEBOOK,
tetiba kuar persoalan ni :
"ganelah musim boh terik ni weh..gamok ade hok rumoh naek air kapong"
"macammana lah musim tengkujuh kali ni..maybe ada rumah yang naik air akibat banjir kat kampung"

ntah kenapa..persoalan ni yang bermain2 lam fikiran aku..aku cuba tuk memahami fikiran aku : mm..maybe sebab hari2 aku tengok kelibat salji yang turun lebat dan terfikir tentang hujan lebat di tempat aku..

YA...MEMANG AKU RINDUKAN MUSIM TENGKUJUH DI NEGERI AKU !
macam2 kenangan manis dah aku rasai sepanjang 17 tahun aku lalui musim ni(2010-18 tahun dah kat moscow),

bukan gambar real

memang best jadi budak kampung !
AKU INGAT LAGI..
bila tiba je bulan november (bulan yang hujan mula turun dengan lebat) : xde keje lainla aku n geng2 semua..balik sekolah..pe lagi??
terjun lam alur !
haha..apa taknya,bila hujan turun,paras air dalam alur (cam sungai tapi kecik je yang airnya mengalir dari bukit)akan naik !dan time ni lah sedap sangat gi mandi2 kuba (kerbau)@mandi xcuci..nak cari ikan skila (ikan sekila-kecil2 dan warna-warnimemang senang time ni !
lau aku dulu,aku suka cari ikan puyu..ikan puyu ni biasenya ada kat kawasan2 lumpur (tanah berair yang menjadi lumpur selepas hujan @ kawasan sawah padi)

ikan puyu ni agak ganas perwatakan dia..so,bila nak tangkap kene hati2,sakit lau kena duri2 kat badan dye

dah cukup bab main2..sekarang aku nak cerita lak bab makan..hehe..
lau musim winter kat moscow, penduduk sini lebih gemar makan roti,minum air tea panas takpun kopi panas..berbeza lak bila musim tengkujuh kat ganu (terengganu),time tengkujuh ni la time tuk manghabiskan semua ubi2 yang ada ;)
ubi keledek..ubi steler..ubi kayu..ubi keling..
memang ngam !



certain orang suka makan ubi rebus ngan isi nyior (isi kelapa),tapi aku suka makan ngan gula..best..hingga menjilat jari ;)

apa yang membuatkan tengkujuh ni lebih happening!:aku akan dapat makan kecau! (cam siput kecil)..kecau ni akan banyak bila musim hujan dan boleh dijumpai di kawasan sawah padi..biasanya ma aku akan serve gulai kecai..best la!sedup2 isi kecau yang manis..dok leh nok bayang ase (tak terbayang rasanya)..
GGGLLLUUURRRR!!!


terlalu banyak sebenarnya kenangan2 aku ngan musim tengkujuh ni..rindu memang rindu..tahun lepas 1st time aku xmerasai tengkujuh di bumi sendiri..dan kini baru aku sedar betapa aku harus menghargai 17 tahun bersama dengan musim ni..musim salji di moscow,walau sesejuk manapun ia,seindah manapun ia dengan kelibat salji yang memutih,namun takkan sama istimewanya musim 'boh'@tengkujuh di bumi aku sendiri : terengganu..memang takkan ada nilainya ;)


*lau korang terfikir kenapa musim tengkujuh tu dipanggil musim 'boh'..aku sebenarnya pun tak tahu..kena tanya yang pakar dulu ni..hehe
*agak banyak pengunaan kata2 terengganu lam ni..xpe,aku dah sertakan maksudnya..korang belajar la k;)
*maaf sebab semua gambar bukan original daripada aku sendiri..time makan n main2 dulu,tak terfikir lak aku nak amik gambar..hehe

5 comments:

Fakhrul Izzat bin Ahmad Shukri said...

rindu kampung ye bang~? hahaha

khai said...

ye r zat..xsabo nak balik ni..hehe

Luqman Zakaria said...

huuhu :P cepat cepat balik!!huhu :P

Mat Ganu said...

guane gamok org kite...ke kene bahang de obh doh...hehehe

khai said...

hahaha..hok tu maroh mat ganu..rindu ak ganu kite..dok sabo doh nak balik ni weh..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...