Wednesday, February 16, 2011

UBAH PERSPEKSI | MEDIC RUSSIA

di kala aku sedang sibuk mencari formula untuk menyiapkan tugasan yang diberikan lecturer..
tetiba aku mendapat satu artikel yang cukup menarik perhatian ini untuk berdiskusi..
(terima kasih buat seorang senior yang menghantar link ni kepada aku)

cukup menyayat hati apabila aku membaca petikan akhbar ni..
cetusan idea penulis sebuah akhbar tempatan ini seolah-olah telah berjaya menarik perhatian hampir semua pembaca akhbar tempatan samada dalam negara mahupun luar seterusnya menjadi bahan hangat pakar-pakar pengkaji serta penulis-penulis blog terkemuka..
ya...
sudah cukup memberi satu tamparan hebat buat aku dan beribu-ribu penuntut jurusan perubatan di bumi Russia ini..

mengapa tiba2 isu ini yang cuba diketengahkan 
pihak media ?
cuba mahu mencari publisiti murahan semata-mata ?
dengan menjatuhkan martabat kami disini?
terdetik untuk berbicara mengenai salah satu petikan dalam artikel ini : 
''beberapa pegawai perubatan ditemubual, tetapi enggan nama disiarkan berkata, kebanyakan doktor pelatih terbabit (yang mempunyai masalah apabila menjalankan Housemanship (HO) di malaysia selepas tamat pengajian) lulusan institusi perubatan luar negara, terutama Russia"
Mengapa keadaan sebegini boleh berlaku?apa bukti-bukti penulis?
hakikat yang sebenar ada pada kami pelajar yang sedang menimba ilmu disini..bukan pada penulis yang menulis atas kepentingan material semata-mata..jangan pernah mempersoalkan kredibiliti kami disini..walaupun aku baru 5 bulan berada di sini,baru memasuki SEM 2,aku telah mengenali pelbagai istilah perubatan dan struktur asas badan dan organ yang juga dipelajari oleh pelajar perubatan di Malaysia yang sedang mengikuti kursus perubatan di SEM 1 TAHUN 1..aku juga mampu mengetahui tentang pelbagai jenis penyakit berjangkit,mengenai parasit dan bakteria secara spesifik..bukankah itu tahap pertama bagi pelajar setahun jagung seperti aku?
apatah lagi aku masih mempunyai pengajian 5 tahun setengah untuk mempelajari pelbagai ilmu perubatan yang terlalu meluas lagi..
apa jaminan penulis jika aku dan graduan disini berjaya menamatkan HO dengan cemerlang berbanding doktor pelatih keluaran tempatan?
mampukah artikel ini berubah tajuk dan wajahnya?

aku juga tertarik untuk mempersoalkan pendapat seorang pegawai perubatan yang mengelarkan diri sebagai labu labi berdasarkan artikel beliau :

saya pegawai perubatan lulusan universiti tempatan di salah sebuah hospital kerajaan. senario ini sudah kelihatan sejak hari pertama graduan perubatan russia ini bertugas di hospital sebagai pelatih. saya dapati mereka ini cetek pengetahuan dan yang lebih mengejutkan tidak tahu membuat pemeriksaan badan dengan betul. malah ada yang tidak tahu di mana untuk meletakkan stetoskop itu di dada pesakit. pengetahuan asas yang dikuasai oleh pelajar perubatan tahun 1 di universiti tempatan tidak dipunyai oleh graduan russia ini walaupun sudah bergelar pelatih. justeru, saya merasakan mereka ini berbahaya. mereka boleh menyebabkan kematian ramai pesakit akibat daripada kekurangan ini. menemubual doktor pelatih dari russia, saya cukup terkejut apabila mengetahui ada di antara mereka ini adalah daripada aliran sastera ketika SPM dulu. malahan ada yang dari aliran sains namun gagal semua subjek sains ketika SPM. sungguh mengejutkan. profesyen doktor memerlukan seseorang mempunyai daya ingatan yang kuat bagi melayakkannya berfungsi sebagai doktor, kerana pengetahuan yang diperolehi ketika bergelar pelajar perubatan seharusnya kekal di dalam otak mereka. bukannya selepas peperiksaan, pengetahuan itu terhilang begitu sahaja. tepuk dada tanya selera, bagaimana mungkin mereka yang gagal keseluruhan subjek sains boleh menjadi doktor perubatan. kerajaan perlu buka mata dalam hal ini, sebagaimana sekolah perubatan manipal di India sudah tidak diiktiraf, perkara yang sama perlu dilakukan ke atas lulusan dari russia ini. takkan nak tunggu ramai orang terkorban akibat daripada ketikdakcekapan mereka ini?

terlalu banyak perkongsian indah yang cuba dikongsikan si labu-labi ni..jangan kerana segelintir mahupun seorang doktor pelatih yang bersikap begini, habis maruah dan kewibawaan kami pelajar jurusan perubatan di sini tercalar..mengapa mesti ianya terjadi?sedangkan disini seawal tahun ke2 pengajian,pelajar telah didedahkan dengan sukatan subjek "medical care" untuk belajar cara menyuntik pesakit dan sebagainya..mana mungkin doktor terlatih daripada russia ini tidak mengetahui?adakah ini doktor tiruan yang meletakkan nama rusia sebagai sasaran?ataupun ini hanyalah satu serangan berbentuk provokasi?mana mungkin kami berbahaya,6 tahun pengajian yang cukup padat dan diiktiraf..segala ilmu kedoktoran telah dipelajari..jika kami ini tidak berkualiti,maka semua doktor russia ini tidak berkualiti..dan bagaimana pula pakar-pakar yang sedang berkhidmat di hospital kerajaan lepasan russia sekarang?berbahayakah mereka?

"kerana nila setitik,rosak susu sebelangga"..jangan kerana satu kesilapan yang berlaku,rosak semua kredibiliti kami disini..jangan pernah membandingkan kami dengan pelajar-pelajar yang sedang melanjutkan pengajian di UK, Ireland, US mahupun di negara kita sendiri..
pernahkah mereka melalui keadaan seperti ini??

mahir alphabet ini terlebih dahulu untuk berkomunikasi dimana-mana sahaja?
mahupun ketika praktikal di hospital?

menghadapi keadaan ini hampir setiap hari untuk ke kelas?
melalui train bawah tanah yang penuh sesak yang mengambil masa hampir sejam setengah perjalanan ke kelas setiap hari !


hidup dengan penuh berhati-hati setiap hari..

meredah salji dengan suhu -20 or -30 degree ketika musim sejuk untuk ke kelas?

adakah mereka juga seperti kami?

buat semua rakyat malaysia di luar sana..
coretan aku ini bukan hentaman semata2..
tapi lebih kepada luahan hati daripada semua yang ada..
ingatlah..
hadirnya kami di bumi russia ini..
bukan untuk berfoya-foya..
bukan untuk mengenali indahnya bumi eropah ini..
menghabiskan harta kerajaan..mahupun mak ayah..
besar misi kami disini..
kami mahu belajar lagi phisiology,pharmacology..
kami mahu menjadi terbaik untuk kawan2 kami yang memerlukan khidmat kami di bumi sendiri..
buat pengkritik-pengkritik diluar sana,
jangan pernah merisaukan tahap keilmuan kami disini..
jangan pernah menidakkan kewibawaan kami disini..
cukuplah kementerian kesihatan menilai betapa berkualitinya kami..
kami juga pelajar jurusan perubatan seperti dimana-mana jua..
yang membezakan kami..
adalah perspeksi semua..
perspeksi yang salah sejak dahulu lagi..
ubahlah perspeksi semua..
itu yang terbaik..
untuk kita bersama
AMIN

15 comments:

sky of hopes said...

,setuju sangat3!!!!

beyla sabila said...

just concentrate your stdy,, don't think about it!!! good luck!!!

beyla sabila said...

just concentrate your study,, don't think about it!!!! good luck!!!

MIA said...

be strong. they will keep blaming overseas' medical students like us, yang bezanya, you in russia, i'm in egypt. just be strong and prove to them that not all medical students macam tu. ;)

khai said...

yup mia,u're right;)..be strong n strong n always strong..that's our challenges>studying abroad..cmne keadaan eygpt skrg?kwn2 kat sne?sumanya ok?
thanx ude n bel;)

MIA said...

egypt sekarang ? dunno. kat malaysia sekarang ni, kerajaan hantar balik sebab mesir ada krisis. habis tergendala semua study, nanti sah sah lah penat nak cover balik. ;)

yang pasal artikel kat paper tu, memang agak bengang jugak baca. grrr

khai said...

oo..xpe,janji keselamatan terjamin;)
yup..bukan agak,tapi abis bengang..mention lak medic russia..
tpi ok la,kerajaan dah kuarkan statement ari ni,kajian harus dibuat..we need a lot of improvement..praktikal yg mantap..tu yg penting..insyaallah mia;)

MIA said...

that's good then. russia study mane ? RSMU ke ? ada jugak member kat situ. girl. Insyirah. lama tak jumpa dia. ;)

by the way, just study je elok elok, buktikan pada yang buat berita macam tu. jadikan tu cabaran. HAHA

khai said...

x..MSMU..
oo,xkenal2..hehe
ok2..keep in touch yep!
u too la,study leklok..
anyway,u've nice blog;)
salam ukhwah mia..

MIA said...

ouh thanks. you too got a nice blog. salam ukhwah khai. nice to know you. another blogger from russia ;)

pinkelabu said...

never ever forever care what people judge about you.
mrk sume suare2 sumbang yg nk jtuhkn student russia.

khai said...

heartbreaker : yup..thanx 4 supprort!i really appreciate it!

waheda said...

mulut orang memanglh tak blh tutup.tapi semua tu atas KEMAHUAN masing2.Tak bgus ke bagus ke itu atas diri sendiri.tak semua nya stndt medic kat Rusia ni mcm tu.Kadang ia lbh terbaik dari yg lain.Tak pikir sngt pkra tu.Lakukan yg terbaik.Harumkn nama sponsor,negeri n negara

waheda said...

mulut org mmg x lh nk tutup.lantak lah diaorg nk ckp ape.yg pnting asalkn kita layak merengkul gelaran DR tu suatu ari nanti.Smua tu atas KEMAHUAN DAN USAHA.Kalu nk jd buruk buruk lah ia.Klau nak baik,baik lah ia.Usaha n tawakal.Jadi yang terbaik.harumkan nama negara,sponsor n negeri

khai said...

yup waheda..kerana nila setitik,rosak habis susu sebelangga..mmm..iA,itu yang utamanya,xperlu nak dengar kata2 org..kata-kata negatif kn;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...