Tuesday, February 15, 2011

surah al-ahzab ayat 21 | rasulluah SAW ikutan terulung

perjuangan ini masih belum selesai..
perjalanan masih jauh..
pelbagai dugaan dan cabaran harus ditempuhi..
kehidupan di dunia ini hanya sementara..
jangan pernah kita terleka dek keindahan palsunya lagi..
keindahan bumi sememangnya tak kurang seperti seorang gadis sunting..
menjadi buruan lelaki2 rakus yang sanggup mengadai maruah diri demi apa yang ingin dimiliki dan dikecapi..
mahukah kita menjadi golongan seperti ini?
berdiri megah di atas bumi dipuja serata manusia dan negara..
tapi malangnya akhlak dan akidah xserupa bikin..
rendah darjatnya disisi ILAHI..

ingatlah..
Kecemerlangan kita pada hari ini bukanlah diukur secara fizikal ataupun materialistik..
Nilai yang digunakan untuk mengukur kecemerlangan kita ialah ketinggian akhlak yang terpuji..

susulilah firman allah SWT :

'Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)'
(Surah al-Ahzab, ayat 21)


'Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik'..
ALLAH SWT telah mangangkat darjat baginda sebagai contoh ikutan dan teladan yang terbaik bagi seluruh umat manusia..keperibadian baginda sememangnya tiada tolak bandingnya..terlalu banyak sirah baginda yang boleh kita susuli,terlalu tinggi keperibadian baginda sehinggakan tak tercapai untuk kita ikuti..kegigihan dan kesungguhan baginda dalam menegakkan syiar islam merupakan satu contoh yang terbaik untuk kita ikuti kini..

tinggi ilmu,tapi tunduk
tinggi peribadi tapi tak angkuh
tinggi pekerti tapi tak tunjuk
tinggi kesabaran yang tak pernah luntur
tinggi darjat disisi ALLAH SWT tapi tak pernah anggap ianya cukup
bagindalah insan terunggul untuk kita teladani dan ikut..



'iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat'..ingatlah kawan2,setiap gerak-geri perilaku baginda tidak pernah terpesong dan terlepas daripada untuk mendapat keredhaan daripada Ilahi..mana mungkin kita mampu mencapai kejayaan yang hakiki jika kita terlepas daripada mendapat keredhaanNYA?
jom kawan2!
start saat ni..kita pasangkan niat dalam hati..kita beribadat kepadaNya bukan lagi kerana terpaksa atas suruhan sesiapa,tiada lagi khayalan tanpa penghayatan dalam solat..kali ni kita buat betul2 untuk mendapat redhaNYA!..kita belajar..kita tolong ma abah,guru2,orang-orang yang lebih tua dan kawan2 adalah ikhlas dan kerana ALLAH SWT..kita berselawat keatas baginda junjungan besar Rasulluah SAW demi kasih sayang kepada kita baginda dan ALLAH SWT..insyaallah,kita akan mampu mengikut jejak langkah baginda..dan ingatlah tanpa keredhaan,
tiada maknanya kejayaan itu milik kita ;)


 'serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)'..Rasulluah SAW tidak pernah menyalahkan ALLAH SWT atas segala dugaan yang baginda hadapi..bayangkan,ahli kerabat keluarga sendiri menolak ajaran baginda malah cuba untuk menjatuhkan baginda? > sekiranya kita ditempat baginda,sanggupkah kita berdepan dengan dugaan jika keluarga kandung darah daging sendiri sanggup menjatuhkan kita dan cuba membunuh kita atas perkara dan ajaran betul yang ingin kita sampaikan kepada mereka?..bayangkan baginda juga menerima tamparan hebat daripada kaum Quraish mekah tapi doa kepada Yang Maha Esa tidak pernah lekang dari mulut baginda..ingatlah kawan2,jangan pernah kita menyalahkan takdir yang menimpa diri kita..semua itu pasti ada hikmahnya..jangan pernah kita mengingati ALLAH SWT ketika susah sahaja dan sentiasalah bersujud kepadaNya pada bila2 masa dan ketika;)



sabda rasulluah SAW mafhumnya :
'Sesungguhnya orang-orang yang terpilih antara kamu ialah orang-orang yang mulia akhlaknya'
Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim

AYUH KAWAN2..
sempena maulidul rasul pada tahun ini..kita buka lembaran baru..kita buka episod baru..
marilah kita sama-sama mengikuti segala sirah dan sunnah yang dibawa oleh baginda junjungan besar nabi Muhammad SAW..
dan ingatlah baginda adalah kekasih ALLAH SWT..
dan biarlah kita menjadi umat terbaik bagi insan yang ALLAH sayangi..
insyaallah..kita juga akan disayangi oleh baginda dan ALLAH SWT.,
AMIN

*sempena Maulidul Rasul kali ni,marilah kita sama perbanyakkan selawat keatas junjungan besar nabi Muhammad SAW..semoga kitalah umat yang terbaik baginda..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...