Wednesday, February 23, 2011

kenakalan aku...kebanggaan ma abah

allahyarham sudirman mendendangkan lagu ni bukan sekadar untuk dibuat hiburan dan bukan juga untuk didengar sebagai pengubat di kala sepi mahupun bosan..tetapi untuk kesedaran dalam diri setiap insan..
kepada kawan2 yang menyayangi ayah dan ibu,samada mereka masih ada mahupun mereka sudah tiada,
kliklah video ni sebagai detik mula tuk kita mengenal erti diri..


YA ALLAH YA TUHANKU..
adakah aku sudah alpa dengan dunia aku hari ini..
adakah aku sudah tidak lagi mengenal erti sayang dan rindu..
adakah aku sudah lupa akan insan yang sentiasa berdoa mengharapkan terbaik untuk aku..
sedang aku gembira di bumi serba sejuk..
penuh sempurna ini..
bagaimana ma abah aku..yang kini di bumi tapak aku mula2 mengenal diri..

jika dulu..
apa yang aku ada,tiada pada sibling yang lain..
apa yang aku dapat,
tiada juga pada kerabat yang lain..
cukup bangga dengan kelibat diri..
terima cemuhan sedikit,ditolak keinginan diri,
aku melenting..
mula berfikir aku tak lagi 
disayangi abah dan ma lagi..
apakah itu kebanggaan aku dengan takhta bongsu yang dimiliki?
adakah aku masih seperti dulu lagi?
nakal dek kelibat budak kecil..
menyusahkan ma abah tak kira apa jua dan ketika..
tak dengar kata..seolah-olah aku yang berkuasa..
sedang aku sentiasa betul..
dan mereka bagaimana?

saat ini
abah n ma xlagi ada anak2 disisi..
semuanya dah besar berjaya..
bersama keluarga baru dan misi..
sedang aku?
di bumi moscow..jauh dari kelibat mereka lagi..
di mana lagi 
curahan kasih sayang aku sebagai anak?
dan 
di mana lagi kelibat ma abah 
mencurah manjanya lagi?


yee..
aku mahu berjanji..
aku tak mahu lagi nakal seperti diri sebelum ini..
setiap langkah aku hari ini..
dengan harapan kebanggaan kalian esok hari..
bukan lagi dengan lagak ngeri seperti dulu lagi..
bukan lagi bongsu yang tak kenal diri..
ma abah dah berusia..sampai masa aku berbakti..
aku sayang kalian tiada jangkalnya lagi..
aku jauh hari ini..bukan bererti aku lupa ma abah walau sedetik..
aku jauh hari ini..
bukan bererti diri kalian terhapus pergi dari ingatan ini..
doa dan restu aku pohon setiap doa ini..
terimalah kenakalan aku yang dulu dan kini..
aku mahu jadi anak yang berguna untuk kalian..
aku mahu manjadi kebanggaan kalian..
hari ini..esok dan selama-lamanya

YA ALLAH..
aku mohon kepadaMu..
berilah peluang kepada aku..
untuk melihat kelibat tangis dan senyum mereka lagi selepas ini..
untuk melihat wajah manis insan yang pernah membesarkan aku dari kecil..tanpa sebarang rungutan dihati..
untuk melihat lakaran senyuman insan yang ingin melihat kejayaan diri ini demi masa depan yang hakiki..
aku mahu aku pulang ke kampung halaman nanti..
masih mampu memeluk ma dan abah lagi..
 masih mampu mencium dahi mereka..
untuk sekalian kali..




buat semua kawan2 yang melawat entri ini..
keluarlah daripada laman ini dengan sedikit renungan di sanubari..
berbuat baiklah kepada kedua ibubapa kita selagi mereka masih ada disisi..
jangan pernah berpaling muka apatah lagi menaikkan suara..
peluklah mereka dengan penuh erat seperti kitalah yang menjadi nadi penggerak setiap gerak-geri mereka..
buat yang sudah kehilangan kedua ibubapa,tiada yang lebih bermakna dan bererti daripada sedekahkan alfatihah dan bacaan yasin..
ingatlah..walaupun tiada disisi,mereka tetap bersama disisi..
semoga mereka ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..

dan ingatlah..
nilai kasih sayang ibu dan bapa seperti tiada terkira..
menidakkannya seperti membuang diri ke lembah hina..
mempertikaikannya seperti menjadi sampah busuk dimerata2..
berbaktilah dan hargailah mereka selagi ada..
mereka nadi kita hari ini dan selama2nya..

oyi sayang ma dan abah..

walau jauh dimata,tapi tetap dihati

6 comments:

munirah mat hussin.. said...

wahhh..great laa oyi...terharu bca..btw suke follow blog kamu..;p

khai said...

thanx munirah;)
yg penting skrg,kita berbakti kat kedua ibubapa kita kan..selagi masih ada..xmau dah nakal2..hehe

munirah mat hussin.. said...

no biggie...;)
strongly agree wit u...
gud luck ya...

khai said...

thanx..gud luck too;)

Taufik Jusoh said...

pergh boleh tahan ayat mu dik.. nok teriok wase.. XD

khai said...

abe topex:thanx bro..jom teriak sme2!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...